Ad

Tuesday, 1 April 2014

Hanoi T&T sedia hukum ‘kekurangan’ Red Giants

SHAH ALAM - Ketika Selangor bakal beraksi ibarat ‘kuda tempang’, lawan mereka dalam saingan Piala AFC, Hanoi T&T sebalilknya melaungkan amaran bakal memberi kesukaran kepada Red Giants di Stadium Alam, malam ini.

Ketua jurulatih Hanoi T&T, Phan Thanh Hung berkata, kemenangan penting untuk memastikan pasukannya kekal menerajui Kumpulan F dan beliau akan menurunkan barisan terbaik bagi memastikan tiga mata penuh dapat dibawa pulang.

"Pertembungan dengan Selangor bukan tugas mudah, kami menang tipis 1-0 dalam perlawanan terakhir menentang mereka kerana kekentalan benteng pasukan itu.

"Bagi perlawanan kali ini, kami akan menurunkan pemain terbaik dan akan memberi tentangan sengit untuk mencari kemenangan," kata Thanh Hung.

Katanya lagi, berbanding Sela­ngor yang berdepan masalah kecederaan ramai tonggak, pasukannya bebas daripada kecederaan, sekali gus membolehkan beliau menurunkan kesebelasan terbaik hari ini.

Antara pemain Selangor yang tidak dapat beraksi hari ini adalah dua perancang di bahagian te­ngah, Andik Vermansah dan K. Gurusamy, selain tonggak pertahanan dari Australia, Stilianos Pantelidis.

Ketua pasukan Selangor Mohd, Bunyamin Umar berkata, walaupun dengan ketiadaan beberapa pemain tunjang, pasukan itu tetap akan memberi tentangan hebat kepada lawan.

"Kami ketiadaan beberapa pemain tetapi kami tentunya sudah bersedia menghadapi serangan daripada Hanoi dan akan menggantikan pemain yang cedera dengan pemain tempatan bagi memberi peluang kepada mereka.

"Kami harap penyokong Sela­ngor dapat turun ke stadium untuk memberikan sepenuh sokongan kepada Selangor agar dapat membenam Hanoi dan seterusnya melayakkan pasukan ke peringkat seterusnya," ujar Bunyamin.

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140401/su_04/Hanoi-TT-sedia-hukum-kekurangan-Red-Giants#ixzz2xdHNGfkn © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment