Pertahanan Kelantan, Mohd.
Fitri Omar (kiri) cuba menyekat pemain Terengganu, Mohd. Nor Farhan ketika
kedua-dua pasukan berkongsi keputusan mengecewakan seri 1-1 di Kuala
Terengganu, Sabtu lalu.
KOTA BHARU - Prestasi hambar
yang dipamer The Red Warriors dalam tiga perlawanan terakhir mengundang rasa
resah dalam kalangan peminat setia mereka.
Rata-rata penyokong Kelantan
menyuarakan rasa kurang senang dengan taktikal jurulatih, Steve Darby yang
dilihat kekeringan idea dan gagal memanfaatkan kelebihan pemainnya.
Malah, kumpulan penyokong itu
menganggap ia punca kemerosotan pasukan dalam aksi Liga Super dan menyebabkan
mereka sudah hilang sabar.
Jesteru, mereka mendesak
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil tindakan segera bagi
menyelesaikan masalah tersebut.
Timbalan Presiden Penyokong
Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net), Mahizi Mahmood berkata, jika
langkah segera tidak diambil pihaknya khuatir prestasi Kelantan akan menjunam
ke dasar liga.
"Kebanyakan penyokong
Kelantan sudah hilang sabar dan mula mempersoalkan percaturan jurulatih yang
telah membuat beberapa keputusan tidak tepat dalam soal pemilihan pemain.
"Saya hairan bagaimana
pemain yang sepatutnya beraksi diposisi tengah diletak di bahagian sayap dan
pertahanan kanan diarah bermain disebelah kiri," katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia disini semalam.
Kelantan tumbang 1-0 kepada
Selangor dan Johor Darul Tazim, selain seri 1-1 dengan Terengganu Sabtu lalu
dalam tiga perlawanan terakhir mereka.
Presiden Kelab Penyokong The
Red Warriors Kota Bharu (TRW KB) Mohd. Zaini Mohd. Zain berkata, pihaknya
memberi peluang kepada Darby sekurang-kurang tiga perlawanan, termasuk Piala
AFC untuk memulihkan maruah Kelantan.
Sekiranya gagal, TRW KB
mendesak KAFA untuk mengambil tindakan dengan merehatkan jurulatih itu atau
memecatnya.
"Pada saya Darby gagal
menjalankan tugasnya dengan baik dan dia perlu bertanggungjawab," ujarnya.
SUMBER-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140401/su_11/Penyokong-resah-The-Red-Warriors-hambar#ixzz2xd8MSoBI
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment