Oleh
Rizar Mohd Noor Cetak Emel Kawan
Magic (kiri) berbincang dengan
Hodak ketika sesi latihan di gimnasium Sri Gelam, semalam.
Johor Bahru: Rombakan drastik
dilakukan Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim
II (JDT II), Rajko Magic dinaikkan pangkat dan akan berganding bahu bersama
Bojan Hodak membimbing skuad Harimau Selatan bagi mengharungi kempen pusingan
kedua Liga Super.
Langkah itu diambil berikutan
prestasi Cesar Ferrando Jiminez kurang memuaskan apabila hanya sekadar merakam
empat kemenangan dan empat seri dalam 11 perlawanan pada pusingan pertama untuk
mengumpul 16 mata serta menduduki tempat keenam liga.
Magic sudah memulakan tugas
pertamanya kelmarin dan kini sedang giat membuat persiapan rapi bagi menghadapi
PKNS FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Jumaat ini.
Bagaimanapun, Hodak selaku
pengurus JDT ketika ditemui pada sesi latihan pemain di Padang Seri Gelam,
enggan mengulas lanjut berhubung perubahan itu.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 9.4.2014
No comments:
Post a Comment