Pendahuluan
Peluasan kuasa British di
Myanmar pada abad ke l9 bermula dengan Perang Inggeris-Myanmar I (1824-1826)
apabila British berjaya menakluki Arakan dan Tenasserim.Perang Inggeris-Myanmar
II (1852 -1853) mernbolehkan British menduduki Pegu.Perang Inggeris-Myanmar III
(1885) menyebabkan Myanmar Hulu jatuh ke tangan British.Raja Thibaw dibuang
negeri ke India dan berakhirlah institusi raja dan Dinasti Konbaung.
Isi-isi penting
Perang Inggeris- Myanmar I
1.Masalah pelarian Arakan di
Chittagong.
Raja Bodawpaya menakluki Arakan
pada tahun 1784. Ini menyebabkan Myanmar mempunyai sempadan sama dengan British
di wilayah Chittagong. Pelarian-pelarian Arakan menggunakan wilayah British di
India untuk menentang kerajaan Myanmar. Pada tahun 1811 Chin Byan, pemimpin
pemberontak Arakan menawan Mrohaung.
2.Dasar peluasan kuasa Myanmar
di bawah Raja Bodawpaya.
Antara tahun 1816-1819, Raja
Bodawpaya menjalankan dasar perluasan kuasa terhadap Assam, Manipur dan Cachar.
3. Peluasan kuasa perancis.
Pada tahun 1782 Perancis
menghantar Laksamana de Suffren ke India Selatan untuk menegakkan kekuasaannya
di India.
Inggeris bimbang Perancis
menggunakan Myanmar sebagai tapak menyerang British di India. Perancis membina
pangkalan di Mergui di Myanmar.
4.Kepentingan perdagangan
British di Myanmar.
British ingin menguasai Myanmar
kerana perdagangan kayu jati. Sejak abad ke-18 Perancis menjalin hubungan
perdagangan dengan Myanmar
5.Dasar peluasan kuasa Raja
Bagyidaw dan Jeneral Maha Bandula.
Dasar Raja Bodawpaya diteruskan
oleh cucunya raja Bagyidaw dengan
bantuan Jeneral Maha Bandula. Pada tahun 1822 Jeneral Maha Bandula menyerang
Assam. Dua orang Putera Assam Chandrakanta Singh dan Puradar Singh meminta
perlindungan British lalu bangkit menentang Myanmar, tetapi gagal.
-Perang Inggeris-Myanmar
meletus pada tahun 1824 dan ditamatkan dengan perjanjian Yandabo.
- Myanmar kehilangan Arakan dan
Tenasserim.
Perang Inggeris-Burma II
- Putusnya hubungan diplomatik
antara Myanmar dengan British.
- Raja-Tharrawaddy enggan
mengiktiraf syarat-syarat per1anjian Yandabo.
- Tuduhan ke atas Kapten
Sheppard dan Lewis melakukan pembunuhan dan penipuan.
- Pergolakan politik mengancam
kepentingan perdagangan British di Myanmar.
- Gabenor Pegu, Maung Ok
menganiayai rakyat di Rangoon.
- Lord Dalhousie mengisltiharkan
perang ke atas Myanmar.
- Selepas perang, Myanmar
kehilangan Myanmar Hilir dan terputus dari laut.
Perang Inggeris - Burma III
- Dasar luar Raja Mindon Min
yang berhubung dengan Perancis dan ltali.
- British bimbang perdagangan mereka
tergugat.
- Masalah hubungan diplomatik.
Raja Mindon Min berasa terhina kerana tidak boleh berhubung terus dengan
London.
- Beliau hanya boleh mengadakan
hubungan diplJmatik dengan wizurai India sahaja.
- Pada tahun 1857, Sir Douglas Forslthe
dihantar mengadap Raja Mindon Min.
- Dia dipaksa menanggalkan
kasut dan duduk bersila di lantai.
- British mengarahkan supaya
mulai tahun 1875, semua urusan British tidak perlu berbuat demikian.
- Ini menaikkan kemarahan Raja
Mindon Min lalu memutuskan hubungan peribadinya dengan Residen British.
- Saudagar British di Rangoon
bimbang terhadap dasar pro Perancis yang diamalkan oleh Raja Mindon Min. Tambahan
pula, saudagar British beminat menyelidik ialah perdagangan melalui Bhamo ke
China dan menjalankan perdagangan dengan Myanmar Hulu.
Semasa pemerintahan Raja Thibaw,
berlaku kekejaman pemberontakan, dan rampasan kuasa di istana untuk
rnenggulingkannya.
- Semua ini menggangu perdagangan
British dan golongan saudagar mendesak agar British campur tangan di Myanmar Hulu.
- British juga bimbang dengan
dasar pro-Perancis yang dijalankan oleh Raja Thibaw.
Pada tahun 1885, Raja Thibar
menuduh Syarikat Perdagangan Bombay-Burma mengambil lebih banyak kayu jati
daripada had yang dibenarkan dan memberi rasuah kepada pegawai serta tidak
membayar gaji kepada pekeria Myanmar.
- Raja Thibaw mengenakan denda
sebanyak 23 juta rupi ke atas syarikat tersebut.
Kerajaan British mengalakkan
imperialisme ke atas Myanmar pihak British menghantar kata dua agar perkara
syarikat tersebut diserahkan kepada majlis timbang tara
- Pihak British tidak bersetuju
dengan jawapan Raia Thibaw lalu mengisytiharkan
perang ke atas Myanmar.
- Rala Thibaw kalah dan Myanmar
Hulu jatuh ke tangan Rritish pada tahun 1885.
Penutup
Keinginan untuk mendapat konsesi
perdagangan dan sumber kayu jati selain mencari jalan ke Bhamo untuk perdagangan.China
mendorong peluasan kuasa British ke Myanmar.Selepas Tenasserim dan Arakan jatuh
ke tangan British.British bertindak mencari alasan untuk mengilhakkan bahagian
lain di Myanmar atas desakan ekonomi.Istana Myanmar bersikap konservatif dan
sangat berpegang kepada adat tradisi menanggalkan kasut apabila menghadap raja.
British tidak senang dengan adat tersebut.Myanmar mengalami perubahan politik,
sosial, dan ekonomi akibat perluasan kuasa British.