ADAM LALLANA - GAMBAR MEDIA SOSIAL
LONDON 5 Sept. - Penjaring kemenangan England, Adam
Lallana mengakui gol yang dihasilkan itu ketika menentang Slovakia adalah
sesuatu yang lama dinantikannya terutama selepas baharu pulih daripada
kecederaan.
England meraih kemenangan dalam aksi kelayakan Piala
Dunia 2018 Kumpulan F zon Eropah dengan keputusan 1-0 hasil jaringan lewat
Lallana ketika masa kecederaan.
“Ini adalah gol yang lama dinantikan.
“Saya meletakkan tekanan ke atas diri saya untuk
menjaringkan gol dan akhirnya berjaya melakukannya.
“Sebagai satu pasukan saya akui England telah bermain
dengan hebat pada perlawanan ini dan ini menunjukkan kami telah bermula dengan
baik di bawah bimbingan jurulatih baharu Sam Allardyce,” kata Lallana. - AGENSI
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/
No comments:
Post a Comment