Ad

Sunday, 4 September 2016

Bernhardt puji karakter positif pemain

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
1 SEPTEMBER 2016
 Bernhardt puji karakter positif pemain
Pemain negara, Matthew Davies cuba melepasi halangan Salman Ali Abdulla pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad B22 Malaysia menentang B22 Bahrain di Stadium Shah Alam, kelmarin.
PENGENDALI skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Frank Bernhardt tetap memuji barisan pemainnya walaupun mereka hanya seri tanpa jaringan menentang Bahrain dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Bernhardt berkata, kekecewaannya terhadap keputusan itu sedikit terubat apabila barisan pemainnya memberikan aksi terbaik dalam perlawanan menentang anak didik Marjan Eid tersebut.

Menurutnya, nasib menjadi penentu apabila barisan pemainnya gagal memanfaatkan peluang

“Saya cukup bangga dengan apa yang telah pemain tunjukkan sepanjang perlawanan. Mereka bermain dengan amat baik seperti yang telah diarahkan.

“Kami mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi malangnya, pemain gagal menyempurnakannya. Namun mereka bermain dengan baik dan konsisten sehingga ke wisel penamat," katanya.

Kedua dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Stadium UiTM, Shah Alam jam 4.30 petang, Jumaat ini.

Mengulas lanjut, pengendali dari Jerman itu tidak menolak kemungkinan akan melakukan perubahan bagi memastikan kemenangan dapat dicapai.

“Saya akan lakukan beberapa perubahan dalam pasukan untuk mendapatkan keputusan positif Jumaat ini.

“Walaupun permainan baik dipamerkan pemain pemain namun jika tiada jaringan, ianya tidak akan bermakna.

"Jadi, ianya sesuatu yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Jurulatih Bahrain, Marjan Eid berkata, Malaysia memiliki pemain yang baik selain kekuatan fizikal yang konsisten sehingga ke akhir permainan.

“Pemain saya sukar membolos gawang Malaysia tetapi saya puas hati dengan persembahan skuad saya," ujarnya.

SUMBER-SINAR  HARIAN 1 SEPTEMBER 2016

No comments:

Post a Comment