ZAZALI JAMIAN
| 04 September 2016 12:51 A
Khalid Ali
KUALA LUMPUR 3 Sept. – Siri isu panas pendrive sudah
hampir ke episod akhir dan kini kebanyakan ‘orang lama’ dalam bola sepak tanah
air sudah tidak sabar ingin mengetahui isi kandungannya malah ada yang anggap
ia umpama satu drama yang menyeronokkan.
Bagi legenda bola sepak negara, Khalid Ali dirinya
bersetuju dengan cadangan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan kepada umum dokumen
dalam pemacu pena atau pendrive yang didakwa mengandungi maklumat salah urus
dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas selesai siasatan.
Kata Khalid, isu tersebut telah menarik perhatian orang
ramai malah dirinya sendiri juga tidak sabar ingin mengetahui isi kandungan
sebenar dokumen di dalam pendrive tersebut.
Tambah Khalid, sesuatu aib yang dibuka harus dibuktikan
tambahan pula apabila ia melibatkan persatuan seperti FAM sendiri.
“Buat masa ini tiada siapa yang tahu isi kandungan di
dalam pendrive tersebut dan perkara ini umpama satu drama yang menyeronokkan
dan semua orang ingin mengetahuinya.
“Jika benar wujud salah laku dalam FAM sudah tentu saya
juga ingin perkara tersebut di adili namun semuanya perlu ada bukti yang kukuh.
“Bagi saya ini umpama satu perang saraf, siapa yang
percaya dialah yang kalah,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini
hari ini.
Khairy pada semalam meminta SPRM mendedahkannya sama ada
terdapat penyelewengan atau sebaliknya selepas siasatan selesai.
Menurut Khairy, pendrive serta laporan yang diserahkannya
kepada SPRM itu merupakan bahan asal tanpa diubah sejak diterimanya daripada
Tunku Ismail.
Malah beliau tidak membuat sebarang pengesahan kepada
SPRM sama ada kandungan pemacu pena tersebut mempunyai kaitan dengan individu
tertentu di dalam FAM atau wujudnya sebarang penyelewengan dan rasuah.
Khairy juga memberitahu dokumen itu banyak menceritakan
isu teknikal bola sepak negara seperti struktur FAM, pembangunan bola sepak
akar umbi, isu kejurulatihan serta pembangunan skuad bola sepak wanita.
Dalam pada itu, bekas pemain kebangsaan era 1970-an
Hassan Sani berpendapat dirinya selesa mengambil sikap tunggu dan lihat
terhadap isu pendrive tersebut selain mengharapkan yang terbaik buat bola sepak
negara.
“Saya tidak mahu memberikan komen panjang berhubung isu
ini dan kita tunggu dan lihat sahaja nanti,” kata Hassan.
Sementara itu, tokoh bola sepak negara Datuk Peter
Velappan yang juga bekas Penolong Setiausaha FAM dari 1963 hingga 1980
berpendapat SPRM wajar diberikan ruang untuk menyiasat isu ini.
“Ya isu ini semua ingin tahu dan kita tunggu apa
keputusan daripada SPRM nanti dan mungkin dalam dua atau tiga hari nanti kita
akan mengetahuinya,” kata Velappan.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/8216-drama-8217-pendrive-kini-semakin-menarik-1.378136#sthash.NvgZCXGx.dpuf
No comments:
Post a Comment