03 September 2016 12:17 AM
Pemain Malaysia, Muhammad Shafiq Ahmad (kiri) menanduk bola sambil
Pemain Malaysia, Muhammad Shafiq Ahmad (kiri) menanduk bola sambil diasak oleh penjaga gol Bahrain, Yaqoobb Saleh dalam perlawanan persahabatan Bawah 22 di Stadium UiTM, Shah Alam semalam. utusan/Suriya Bonma
SHAH ALAM 2 Sept. – Ketua jurulatih skuad bawah 22 negara (B-22), Frank Bernhardt menyalahkan kesilapan individu sebagai punca kepada kekalahan saat akhir pasukannya kepada Bahrain B-22 dalam perlawanan persahabatan di Stadium UiTM Shah Alam hari ini.
Bernhardt berkata, berdasarkan persembahan yang dipamerkan, pasukannya mampu mencatat keputusan sekurang-kurangnya seri namun disebabkan kesilapan individu pihak lawan berjaya menjaringkan gol kemenangan 2-1 pada penghujung permainan.
“Apa yang saya pasti, kami tidak sepatutnya tewas dalam perlawanan ini. Perlawanan pada hari ini tidak begitu bagus seperti sebelum ini. Kami ada peluang untuk menjaringkan gol namun gagal melakukan penyudah yang baik.
“Kekalahan ini tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecergasan pemain cuma kesilapan individu telah menjadi punca kepada pasukan lawan dapat menjaringkan gol dan akhirnya kami terpaksa akur dengan keputusan perlawanan. Kami akui, jentera serangan perlu dipertajamkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/penyudah-tumpul-sekali-lagi-kecewakan-bernhardt-1.377712#sthash.hNbQkKJa.dpuf
No comments:
Post a Comment