FAM sedia disiasat pihak berkuasa
NOR AZAN FITRI
AHMAD
HIDZIR |
02 September 2016 12:14 AM
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
sekali lagi menegaskan bahawa mereka mengalu-alukan pihak berkuasa menjalankan
siasatan sekiranya teradapat unsur rasuah atau salah urus melibatkan pegawai
atau kakitangan di dalam badan induk sukan bola sepak negara itu.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan
Ibrahim menyerahkan pemacu pena atau pendrive yang didakwa mengandungi pelbagai
maklumat mengenai ketirisan dan salah urus oleh FAM kepada Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, setelah meneliti sebahagian daripada
kandungan pendrive itu semalam, Khairy memberitahu, pihaknya masih belum
menemukan sebarang maklumat untuk mengaitkan FAM dengan perbuatan rasuah atau
salah urus.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata,
pihaknya terbuka jika pihak berkenaan ingin menyiasat FAM atau pegawainya.
Namun, katanya, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan
pendrive itu dan menyerahkan kepada Khairy untuk menelitinya sebelum membuat
sebarang ulasan lanjut mengenainya.
“Saya rasa perkara ini mudah, sekiranya terdapat bukti
mana-mana pegawai yang terlibat dengan perkara tidak elok, pihak berkuasa
seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau polis boleh
mengambil tindakan, sudah pasti.
“Khairy telah menerangkan apa yang sepatutnya. Kita
tunggu dan lihat. Saya tak boleh komen lebih. Saya telah mengeluarkan kenyataan
tentang pendirian FAM sebelum ini,” katanya selepas sidang akhbar perlawanan
amal Hari Malaysia antara pilihan Harimau Malaysia dan Dugong All-Star di Wisma
FAM, dekat sini hari ini.
Sementara itu, Hamidin tidak menolak kemungkinan
mengambil tindakan tegas terhadap dalang yang membocorkan maklumat dalaman FAM
dan pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai perkara itu.
“Setakat ini kita tak tahu siapa yang sampaikan maklumat
itu dan kita akan biarkan perkara itu disahkan (oleh KBS).
“Saya sedang melihat perkara itu, saya perlu dapatkan
gambaran sebenar (apa) di dalam pendrive itu dan jika ada pegawai yang
membocorkan rahsia sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Perkara itu juga
sudah dibincangkan dengan barisan Exco, jadi kita tunggu perkembangan
selanjutnya,”
katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/fam-sedia-disiasat-pihak-berkuasa-1.377361#sthash.AyP81AjL.dpuf
No comments:
Post a Comment