Ad

Saturday, 28 March 2015

Buaya putih penunggu muara Kuala Selangor

SABTU, 28 MAC 2015 @ 12:02 AM
Oleh Khairul Azran Hussin Dan Suzaini Sulaiman-khaiazr@bh.com.my
  
KUALA SELANGOR: "Apa sudah jadi dengan Bukit Malawati? Sedih hati saya melihat tempat yang asalnya sangat cantik, tetapi kini suasananya seolah-olah 'sudah mati'," kata Abd Samad Abd Rahim, 63.

Abd Samad yang dahulunya tinggal dan membesar di rumah kakitangan Jabatan Parit dan Tali Air (sekarang Jabatan Pengairan dan Saliran) kira-kira 50 tahun lalu, mengakui terkejut apabila meninjau keadaan di sekeliling bukit itu.

Beliau berkata, pihak bertanggungjawab perlu segera melakukan sesuatu untuk menyelamatkan warisan sejarah itu sebelum ia lenyap ditelan zaman, sekali gus membolehkan ia diwarisi dari generasi akan datang.
  
Tangga Seratus yang menuju ke puncak Kota Malawati terbiar tanpa penyelenggaraan. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
"Dahulu ramai pelancong barat datang ke sini, tempat yang aman dan menarik untuk pelancong, malangnya ia tidak diselenggara dan tidak dijaga. Contoh rumah rehat, kalau tengok keadaannya, rumah ini hanya sesuai buat penggambaran cerita hantu, bukan untuk pelancong.

"Begitu juga bangunan lama yang mempunyai sejarah unik seperti rumah polis, timbalan pegawai daerah, ..semuanya diabaikan. Tengok kayu rumah ini dicuri sebab kayu untuk bina rumah ini tinggi kualitinya dan sekarang harganya berkali ganda.

"Kalau tengok lokasi muzium permainan, sekarang tidak dibuka lagi. Saya lihat seolah-olah tiada perancangan untuk bangunkan tempat bersejarah ini sehingga menyebabkan ia semakin dilupakan," katanya kepada BH di Bukit Malawati di sini.

Abd Samad juga mengimbau pelbagai kisah pelik dan misteri yang berkait dengan Bukit Malawati, termasuk penemuan seekor buaya putih di muara sungai Kuala Selangor dan jelmaan seekor harimau di atas bukit berkenaan.


Bekas penduduk Bukit Malawati, Abd Samad Abd Rahim kecewa dengan keadaan bukit itu yang terbiar seolah-olah sudah mati dengan pelbagai monumen sejarah tidak mendapat penyelenggaraan sewajarnya. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
"Cerita buaya putih ini disampaikan oleh Datuk Ibrahim Ismail, iaitu Datuk Penggawa kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, yang juga Orang Besar Daerah Kuala Selangor kepada bapa saya. Datuk Penggawa cakap buaya ini adalah penunggu sungai.

"Ada juga kisah sekumpulan pemuda yang sedang berlatih silat dikejutkan dengan kilat menyambar, sebelum menjelma seekor harimau berhampiran mereka," katanya.

Sementara itu, sumber berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM250,000 kepada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) bagi tujuan pemuliharaan warisan sejarah di pusat pelancongan itu pada 2010, namun tidak pasti apa jadi dengannya.
  
Abd Samad menunjukkan bekas tapak perumahan dan kawasan sekitar Bukit Malawati yang terbiar seperti sudah dilupakan. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
"Ke mana hilangnya peruntukan ini. Setahu saya sudah diluluskan, tetapi kerja baik pulih tiada. Masyarakat hanya salahkan pihak muzium Kuala Selangor, tetapi mereka tidak tahu muzium tiada peruntukan untuk selenggara warisan sejarah ini, sebab itu banyak yang uzur.

"Masyarakat tidak boleh salahkan pihak muzium, kena tanya juga Majlis Daerah Kuala Selangor," katanya.

Pengurus Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi ketika dihubungi BH, berkata beliau akan meninjau sendiri tempat bersejarah itu dalam tempoh terdekat, termasuk akan mengambil tindakan segera jika keadaan memerlukan.
 
Replika meriam dan harimau jadian dikhabarkan menjadi penunggu dan mengawal Bukit Malawati daripada ancaman, manakala buaya putih di muara sungai menghalang kemasukan elemen jahat ke Selangor suatu ketika dahulu. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 28.3.2015

Friday, 27 March 2015

Skuad negara kecundangShah Alam

: Skuad bawah 22 tahun negara (B-22) memilih jalan sukar untuk merebut tiket layak automatik ke pusingan akhir AFC B-23 selepas tumpas 1-2 di tangan Vietnam pada aksi pertama kelayakan Kumpulan I di Stadium Shah Alam semalam.

Biarpun masih berbaki dua lagi perlawanan, ia tampak sukar buat skuad kendalian Razip Ismail itu meraih enam mata penuh untuk mengintai kedudukan selaku juara kumpulan memandangkan Jepun bakal menjadi halangan terakhir mereka.

Buruan tiga mata penuh menjadi misi utama skuad negara apabila membuka kempen kelayakan semalam selepas menyedari pasukan pilihan Jepun mudah menewaskan Macau 7-0 dalam satu lagi aksi kumpulan.

Segalanya tampak menjadi buat anak buah Razip yang mendahului pada minit ke-33 hasil sepakan percuma menarik kapten Nazirul Naim Che Hashim dari jarak 30 meter yang terkena palang sebelum bola masuk ke gawang.

Pasukan pelawat yang hampa selepas percubaan awal Pham Manh Hung terkena palang berjaya mengikat kedudukan 1-1 apabila Vo Huy Toan menyudahkan gerakan dengan rembatan deras menewaskan penjaga gol Mohd Farhan Abu Bakar di minit ke-38.

Sekumpulan penyokong Vietnam yang hadir terus bergembira selepas penyerang Nguyen Cong Phuong bijak melepasi benteng pertahanan untuk menolak masuk gol kedua seminit sebelum babak pertama tamat.

Bersambung babak kedua, skuad negara cuba mengatur gerakan dalam usaha memburu gol namun ternyata sukar untuk mereka menembusi benteng skuad kendalian Toshiya Miura itu.

Kemenangan itu bukan saja penting buat Miura yang kini menyaksikan anak buahnya berada di tangga kedua kumpulan di belakang Jepun malah menebus kehampaan tewas di separuh akhir Piala AFF 2014 di tangan Harimau Malaya ketika memimpin skuad senior.

Bagi Razip, beliau yang mengambil alih tugas Datuk Ong Kim Swee kini terdesak untuk menang dua aksi terakhir sekurang-kurangnya untuk muncul lima pasukan naib juara terbaik kumpulan untuk layak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2015 @ 5:31 AM
 
PEMAIN B-23 negara Muhammad Farhan Roslan diasak pemain Vietnam.

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/39883#sthash.YRY5ZmxU.dpuf

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 1-2 VIETNAM


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia                1-2 Vietnam
m-34 Nazirul Naim  m-38 Vo Huy Toan
                                 m-44 Nquyen Cong Phuan

PEMAIN MALAYSIA
01 FARHAN ABU BAKAR
04 ARIFF FARHAN ISA
44 SHAHRUL SAAD
21 NAZIRUL NAIM
38 NAZMI FAIZ MANSOR
07 AMIRULHISHAM AWANG KECHIK
11 SYAZWAN ANDIK ISHAK
29 SYAFWAN SYAHLAN
36 FARHAN ROSLAN
17 FAIZAT GHAZALI
15 SYAWAL NORDIN
PEMAIN GANTIAN
03 ASMAWI YAKIN
10 RIDUAN ABDULLA
09 ADAM NOR AZLIN
PEMAIN VIETNAM
30 NGUYEN HOAIANH
02 NGUYEN HOO DONG
03 PHAM MANH HONG
08 NGUYEN TUAN ANH
10 NGUYEN CONG PHUONG
13 HUYNH TAN TAI
15 QUE NGOC HAI
18 THANG
19 NGUYEN VAN TOAN
25 VO  HOY TOAN
26 BUI TIEN DUNG

PEMAIN GANTIAN
41 PHAN DUC HOY
20 LE CAO HOIAN


TERKINI MASA KEDUA MALAYSIA 1-2 VIETNAM

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia                1-2 Vietnam
m-34 Nazirul Naim  m-38 Vo Huy Toan
                                 m-44 Nquyen Cong Phuan

PEMAIN MALAYSIA
01 FARHAN ABU BAKAR
04 ARIFF FARHAN ISA
44 SHAHRUL SAAD
21 NAZIRUL NAIM
38 NAZMI FAIZ MANSOR
07 AMIRULHISHAM AWANG KECHIK
11 SYAZWAN ANDIK ISHAK
29 SYAFWAN SYAHLAN
36 FARHAN ROSLAN
17 FAIZAT GHAZALI
15 SYAWAL NORDIN
PEMAIN GANTIAN
03 ASMAWI YAKIN
10 RIDUAN ABDULLA
09 ADAM NOR AZLIN
PEMAIN VIETNAM
30 NGUYEN HOAIANH
02 NGUYEN HOO DONG
03 PHAM MANH HONG
08 NGUYEN TUAN ANH
10 NGUYEN CONG PHUONG
13 HUYNH TAN TAI
15 QUE NGOC HAI
18 THANG
19 NGUYEN VAN TOAN
25 VO  HOY TOAN

26 BUI TIEN DUNG

TERKINI MASA KEDUA MALAYSIA 1-2 VIETNAM

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia                1-2 Vietnam
m-34 Nazirul Naim  m-38 Vo Huy Toan
                                 m-44 Nquyen Cong Phuan

PEMAIN MALAYSIA
01 FARHAN ABU BAKAR
04 ARIFF FARHAN ISA
44 SHAHRUL SAAD
21 NAZIRUL NAIM
38 NAZMI FAIZ MANSOR
07 AMIRULHISHAM AWANG KECHIK
11 SYAZWAN ANDIK ISHAK
29 SYAFWAN SYAHLAN
36 FARHAN ROSLAN
17 FAIZAT GHAZALI
15 SYAWAL NORDIN
PEMAIN GANTIAN
03 ASMAWI YAKIN

10 RIDUAN ABDULLAH

KEPUTUSAN MASA PERTAMA MALAYSIA 1-2 VIETNAM

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia                1-2 Vietnam
m-34 Nazirul Naim  m-38 Vo Huy Toan
                                 m-44 Nquyen Cong Phuan

PEMAIN MALAYSIA
01 FARHAN ABU BAKAR
04 ARIFF FARHAN ISA
44 SHAHRUL SAAD
21 NAZIRUL NAIM
38 NAZMI FAIZ MANSOR
07 AMIRULHISHAM AWANG KECHIK
11 SYAZWAN ANDIK ISHAK
29 SYAFWAN SYAHLAN
36 FARHAN ROSLAN
17 FAIZAT GHAZALI
15 SYAWAL NORDIN

PEMAIN GANTIAN

TERKINI MALAYSIA 1-1 VIETNAM

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia                                     1-0 Vietnam
m-34 Nazirul Naim Che Hashim  m-Vo Huy Tuan

PEMAIN MALAYSIA
01 FARHAN ABU BAKAR
04 ARIFF FARHAN ISA
44 SHAHRUL SAAD
21 NAZIRUL NAIM
38 NAZMI FAIZ MANSOR
07 AMIRULHISHAM AWANG KECHIK
11 SYAZWAN ANDIK ISHAK
29 SYAFWAN SYAHLAN
36 FARHAN ROSLAN
17 FAIZAT GHAZALI
15 SYAWAL NORDIN
PEMAIN GANTIAN