Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD
HIDZIR
sukan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Harimau Muda A
kembali beraksi cemerlang dalam persaingan Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland
apabila menewaskan Olympic FC 2-1 pada pertemuan yang berlangsung di Goodwind
Park 1 semalam.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim
Swee yang sebelum ini tewas 1-2 kepada Sunshine Coast Fire berjaya bangkit
dengan mempamerkan aksi bertenaga bagi mencatatkan kemenangan kedua dalam
saingan liga itu.
Skuad muda negara berada di
hadapan seawal minit ke-17 menerusi jaringan D. Saarvindran tetapi Olympic FC
menyamakan keduduakan pada minit ke-45 menerusi Daniel Byrne dan Nazirul Naim
Che Hashim memastikan tiga mata berharga menjadi milik Harimau Muda A apabila
menyumbat masuk gol kedua ketika perlawanan hampir memasuki waktu rehat.
Pasukan tuan rumah kemudian
beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan mereka, Matt Mundy diarah
keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-55 namun
anak-anak buah Kim Swee gagal memanfaatkan kelebihan mereka untuk menambah
jaringan.
Jurulatih penjaga gol Harimau
Muda A, Yong Wai Hwang ketika dihubungi Mingguan Malaysia memberitahu, para
pemain berjaya bangkit daripada kekalahan lalu dan memberikan komitmen yang
sangat baik untuk mencipta kemenangan.
"Kemenangan hari ini
merupakan hasil usaha berpasukan sepenuhnya dan mereka mengikut setiap arahan
yang diberikan selain menunjukkan tahap disiplin yang tinggi, pada masa sama
saya dapat lihat kemajuan daripada segi kombinasi pemain.
"Bagaimanapun masih ada
ruang yang boleh diperbaiki dan kebanyakan pemain muda dalam pasukan ini masih
belum menemui rentak permainan mereka," katanya.
Mengulas mengenai pertemuan
menentang Northern Fury pada 13 April ini di laman mereka di Townsville Sports
Reserve 1, Wai Hwang berkata, ia bukan suatu tugasan mudah kerana pasukan itu
tidak pernah mencatatkan kekalahan di laman sendiri.
"Northern Fury merupakan
pasukan yang sangat kuat apabila beraksi di laman sendiri dan sudah pasti akan
menjadi cabaran baharu untuk Harimau Muda bagi mencipta kemenangan.
"Selepas ini pemain akan
berehat sebelum meneruskan sesi latihan dan kami akan melihat semula keadaan
pemain selain merangka strategi serta corak permainan yang lebih baik untuk
menewaskan pasukan itu," katanya.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140406/su_03/Harimau-Muda-A-catat-kemenangan#ixzz2y43sSUTI
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment