Ad

Monday, 3 June 2019

Pelajar cantik manis julang nama Malaysia di AS


Pelajar cemerlang
 Pelajar cemerlang
Nurul Jannah Zamberi semasa majlis konvokesyen Rutgers University di New Jersey, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. - Foto eWarta Mara
Izzat Nasuruden

31 Mei 2019 7:34 PM
KUALA LUMPUR 31 Mei – Bukan setakat cantik bak Puteri Gunung Ledang, malah bijak seperti Hang Nadim. Itu gambaran yang boleh diberikan kepada Nurul Jannah Zamberi, 23, yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan eWarta Mara yang memetik Mara Washington, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menerima pengiktirafan tertinggi dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors selepas memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.95.


“Nurul Jannah memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan sebagai Samuel Welkowitz Award.

“Beliau juga berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar ‘Matthe Leydt Society’ dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, seorang lagi anak tempatan, Maryam Balqis berjaya mengharumkan nama negara di Arizona State Universiti, AS selepas memperoleh CGPA 4.00. -SUMBER UTUSAN ONLINE 31 Mei 2019 7:34 PM


Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Rabu ini


 
03 Jun 2019 8:31 PM
KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019," katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. – BERNAMA
SUMBER-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 03 Jun 2019 8:31 PM

Malaysia tundukkan Nepal

 SAFAWI RASID (kanan) melepasi pemain Nepal, Sujal Shrestha dalam
SAFAWI RASID (kanan) melepasi pemain Nepal, Sujal Shrestha dalam aksi persahabatan Kelas A di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.- BERNAMA
03 Jun 2019 12:38 AM

KUALA LUMPUR - Harimau Malaya mendapat suntikan moral menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 menentang Timor Leste nanti apabila menumpaskan Nepal 2-0 dalam perlawanan persahabatan Kelas A di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe terlebih dahulu berada di depan selepas pemain sayap Safawi Rasid menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-51, sebelum pertahanan Shahrul Saad meletakkan Malaysia dalam kedudukan selesa setengah jam kemudian.


Kemenangan tersebut membolehkan Cheng Hoe mendapat gambaran jelas dalam memastikan kombinasi terbaik untuk berdepan Timor Leste pada perlawanan penting tersebut, yang dijadualkan di Stadium Nasional pada 7 dan 11 Jun ini.

Ini kerana, Cheng Hoe mahu menilai pemain lain yang mampu mengisi kekosongan ditinggalkan dua pemain, Muhammad Syahmi Safari dan Mohamadou Sumareh untuk perlawanan menentang Nepal dan Timor Leste.

Muhammad Syahmi mengalami kecederaan buku lali, sementara Mohamadou digantung empat perlawanan dan didenda US$5,000 (RM20,894) oleh Persekutuan Bola Sepak ASEAN kerana membantah keputusan seorang pegawai perlawanan semasa perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF menentang Vietnam di Hanoi pada 15 Disember lalu.- SUMBER UTUSAN ONLINE 03 Jun 2019 12:38 AM

MENGUMPUL BUKU, MAJALAH SUKAN DAN KERATAN BOLA SEPAK.

(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 59)
Pada tahun 1990 saya mula melanggan akhbar Berita harian dan membeli Majah sukan seperti Mingguan Sukan, Dunia Sukan dan Majalah Bolasepak. Buat kali pertama saya mampu mengumpul data sukan untuk meneruskan minat menulis sejarah Bolasepak Malaysia dan semua pasukan yang terlibat dalam Liga Semi Pro. Setiap hari minggu saya akan membuat buku skrap sukan.[1]

      Hobi inilah yang membuatkan saya boleh menulis 72 blog bola sepak dan sukan. Contohnya;
1.Pasukan Bolasepak Malaysia.
2.Bola sepak ATM
3.Bola sepak Johor
4.Bla sepak JDT.
5.Bola sepak Kedah.
6.bola sepak Sabah.
7.Bola sepak Selangor.
8.Bola sepak Felda United.
9.Bola sepak Kelantan.
10.Bolasepak Melaka.
11.Bola sepak Kuala Lumpur.
12.Bola sepak Negeri Sembilan.
13.Bola seoak Pahang.
14.Bola sepak PDRM.
15,Bola sepak Perak.
16.Bola sepak Perlis.
17.Badminton Malaysia.
18.Biografi Pemain Bola sepak Malaysia.
19.Biografi Pemain sukan SEA 2017.
20.Bola sepak Sarawak.
21.Bola sepak T.TEAM.
22..Bola sepak Terengganu
23,Harimau Muda.
24.PKNP FC.


BIOGRAFI PEMAIN BOLASEPAK DAN SUKAN LAIN.
Safawi Rasid.
Ahmad Hazwan Bakri.
Ahmad sharul Azhar Sofian.
Aidil Zafuan Razak.
Akmal Rizal Rakhli.
Amri yahya.
Asaari Ssamsudin.
Azamudin Akil.
Azman Adnan.
Baddrol Bakhtiar
Dollah Salleh
Faiz Subri.
Hairuddin Omar.
Hashim Mustapha
Indraputra Mahayuddin.
Khairul Fahmi Che Mat.
Khalid Jamlus.
Shukor Adan.
Wan Zack Haikal.
Zainal Abidin Hassan.
Roslin Hashim.
Rudie Ramli.
Safee Sali.
Safiq Rahim.
R.Gopinathan.
Rashid sidek.
Rezal Zambery Yahya.
Rosdi Talib.
Misbun Sidek.
Mohd Badheri Radzi.
Mohd Fadhli Shas.
Mohd Fadhli Shaari.
Lee Chong wei.
Nazmi Faiz.
Nizaruddin Yusof.
Norsharul Idlan Talaha.
Nurhafiz Zamani.
Ong Kim Swee.
Muhammad Akhyar Rashid.[2]
BLOG SUKAN LAIN
Piala AFC
Squasy
Olahraga.
Renang.
Piala Emas Raja-Raja
Piala FA
Piala Subangsih.
PialaMalaysia.[3]


[1]Catatan Dairi  September 1990
[2] https://akhyarrashid.blogspot.com/
[3] https://matpmalaysia.blogspot.com/

Sunday, 2 June 2019

Safawi manfaat pengalaman di ACL

 PENYERANG Harimau Malaya, Safawi Rasid (kiri) memanfaatkan pengalamannya
PENYERANG Harimau Malaya, Safawi Rasid (kiri) memanfaatkan pengalamannya beraksi di pentas ACL bagi merebut tempat dalam senarai akhir 23 pemain skuad kebangsaan. UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF
Fadhilul Izmel Ishak

02 Jun 2019 9:38 PM
KUALA LUMPUR - Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menjadikan pengalaman beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebagai taruhan untuk diserapkan ke dalam skuad 23 akhir Harimau Malaya.

Ketika ini, perebutan tempat dalam senarai akhir 23 pemain skuad kebangsaan masih terbuka dan dijangka ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akan menggugurkan dua daripada 25 nama yang dipanggil sehari selepas aksi persahabatan menentang Nepal yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.


Menyedari persaingan sengit dalam kalangan pemain yang dipanggil, pengalaman bermain pada pentas tertinggi Asia itu pastinya menjadi kelebihan buat Safawi berbanding rakan sepasukan yang lain.

“Secara peribadinya saya berasa lebih yakin memandang­kan, musim ini, JDT membuat penampilan di ACL. Bagi saya, beraksi dalam ACL memberi pengalaman berguna kepada kami kerana kami bermain dalam intensiti tinggi, fizikal lawan yang lebih besar serta tempo permainan yang laju.

“ACL juga kejohanan kompetitif tertinggi di Asia dan pastinya ia menjadi batu loncatan kepada saya, bagaimanapun, pada masa sama saya tidak mahu berasa terlalu yakin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan Timor Leste dalam kempen Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di venue yang sama pada 7 dan 11 Jun ini.

Mengulas lanjut mengenai persaingan yang dihadapi, pemain dari Terengganu itu berkata, masing-masing menunjukkan komitmen yang tinggi bagi memastikan nama mereka masuk dalam senarai akhir Cheng Hoe.

“Untuk posisi serangan, persaingan sihat. Setiap pemain menunjukkan kelebihan masing-masing. Mengekalkan disiplin dalam dan luar padang. Dari situ jurulatih dapat menyaksikan berlakunya persaingan sihat,” ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri, Safawi berkata, dia tidak mempunyai masalah bagi mengawal pemakanan, namun, tidak mempunyai masa yang banyak untuk dihabiskan bersama keluarga.

“Pasal pemakanan tiada isu sebab sepanjang Ramadan saya mengawal makanan yang diambil. Pada Hari Raya Aidilfitri nanti saya perlu kurangkan pengambilan makanan berminyak seperti rendang ayam,” jelas Safawi. –SUMBER  UTUSAN ONLINE 02 Jun 2019 9:38 PM

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA 2-0 NEPAL


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia  2-0 Nepal
m-51 Safawi Rasid
m-81 Shahrul Saad
PEMAIN MALAYSIA
01 FARIZAL MARLIAS  
02 MATTHEW DAVIES
03 SHAHRUL SAAD 
04 HALIM SAARI     
15 ADAM NOR AZLIN
07 LAVERE CORBIN-ONG     
12 AKRAM MAHINAN      
11 SAFAWI RASD       
09 NORSHARUL IDLAN TALAHA             
20 SYAFIQ AHMAD
16 SYAZWAN ZAINON
PEMAIN GANTIAN
19 AKHYAR RASHID
08 NORAZAM AZIH
06 SYAZWAN ANDIK
21 FAISAL HALIM
14 SYAME KUTTY
24 DOMONIC TAN




MASA KEDUA MALAYSIA 1-0 NEPAL

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Malaysia  1-0 Nepal
PEMAIN MALAYSIA
01 FARIZAL MARLIAS  
02 MATTHEW DAVIES
03 SHAHRUL SAAD 
04 HALIM SAARI     
15 ADAM NOR AZLIN
07 LAVERE CORBIN-ONG     
12 AKRAM MAHINAN      
11 SAFAWI RASD       
09 NORSHARUL IDLAN TALAHA             
20 SYAFIQ AHMAD
16 SYAZWAN ZAINON
PEMAIN GANTIAN
19 AKHYAR RASHID
08 NORAZAM AZIH