Ad

Saturday 2 January 2016

127 mangsa di dua pusat pemindahan di Sarawak

2 JANUARI 2016
Banjir
Banjir

KUCHING - Sejumlah 127 orang daripada 31 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir masing-masing di Bahagian Samarahan dan Bahagian Serian, setakat 9 malam ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata  pusat pemindahan Dewan Suarah, Samarahan  menempatkan 71 orang mangsa daripada 14 keluarga.

Di Bahagian Serian, pusat pemindahan Surau Darul Hadhari Kampung Rimba Padi di Asajaya pula menempatkan 56 mangsa daripada 17 keluarga, katanya ketika dihubungi malam ini.

Keadaan banjir di negeri ini semakin reda hari ini, dengan tiga pusat pemindahan di Bahagian Kuching iaitu Balai Raya Kampung Paon, Surau Nurul Huda Kampung Belungei dan Dewan Masyarakat Kampung Jangkar ditutup 12 tengah hari tadi. - Bernama
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 2 JANUARI 2016


No comments:

Post a Comment