Ad

Sunday, 17 January 2016

MELAKA JATUH KE TANGAN BELANDA 16.1.1641

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada hari ini dalam tahun 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Berikutan itu, maka tamatlah penaklukan Portugis ke atas Melaka semenjak tahun 1511. Kejayaan tersebut adalah hasil daripada serangan yang berterusan oleh tentera Belanda ke atas Melaka mulai tahun 1640.  Serangan tersebut telah dilakukan atas arahan Antonio Van Dieman iaitu Gabenor Jeneral Belanda di Betawi dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor.  Sultan Johor telah memberi bantuan dengan menghantar 40 buah perahu perang yang membawa seramai 1,500 orang tentera di bawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil. Tentera-tentera Belanda diketuai oleh Jacop Koper dan Andriaan Antonisz  telah  mengadakan  kepungan  selama  beberapa bulan  ke  atas  Melaka  sehingga  menyebabkan  timbulnya masalah kekurangan makanan,  keadaan  ini  telah  menyebabkan  pihak Belanda yang diketuai oleh General Coertekoe melancarkan  serangan ke atas Kota Melaka.  Sesungguhnya, kejatuhan Kota Melaka merupakan titik tolak kepada usaha perjuangan mempertahankan tanah air. Rintangan dan dugaan yang telah dihadapi sewaktu dijajah menyemarakkan semangat perjuangan sehinggalah negara mencapai kemuncak kejayaan iaitu kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/


No comments:

Post a Comment