SUBKHI SUDARJI
16 JANUARI 2016
Dr Vida: Mahu lawan JDT Hasmiza
menerima sambutan hangat daripada peminat ketika tiba di sebuah hotel terkemuka
di ibu negara untuk Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan Pasukan Liga Super
Kelantan musim 2016. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
PENASIHAT Kehormat Persatuan
Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membayangkan hasrat
untuk mengadakan perlawanan persahabatan di antara Kelantan menentang Johor
Darul Tak’zim (JDT) sebelum saingan Liga
Malaysia (Liga M) 2016 bermula Februari nanti.
Hasmiza atau lebih mesra
dikenali Dr Vida berkata, kedua-dua pasukan pastinya tidak berdepan masalah dan
ia boleh dianggap perlawanan pemanas badan.
“Sebenarnya saya teringin
melihat dua pasukan yang memiliki ramai penyokong dan kualiti permainan
cemerlang beraksi sebelum Liga M bermula, jadi saya cuma melontarkan pandangan
serta hasrat ini agar ia diadakan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kafa,
Tan Sri Annuar Musa berkata, cadangan dilontarkan Dr Vida akan dimaklumkan
kepada Penasihat Diraja Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ),
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan
Ibrahim.
Menurutnya, apa yang
dilontarkan Dr Vida juga sebenarnya adalah permintaan penyokong yang ingin
melihat kemampuan pasukan masing-masing.
“Bagi saya jika perlawanan ini
akan membawa kepada pencetus perkembangan positif menjelang sepak mula Liga M,
kita akan persembahkan kepada Tuanku Mahkota Johor.
“Kita sendiri mengagumi
usaha-usaha yang dijalankan Harimau Selatan yang menampakkan hasil dalam
perkembangan bola sepak tempatan dan juga luar, dan percaya apa yang JDT serta
Kelantan lakukan pada masa ini mampu dilakukan pasukan lain.
“Mungkin perlawanan ini kita jadikan
ia sebagai perlawanan amal, tidak mustahil ia mampu diadakan sebagai menghargai
sokongan penyokong kedua-dua pasukan,” katanya.
Sumber-Sinar Harian online
16.1.2016
No comments:
Post a Comment