Ad

Friday, 15 January 2016

Rozaimi didakwa tipu, permainkan SAFA

KHAMIS, 14 JANUARI 2016 @ 1:42 PM
Oleh Willie Jude Junaidi bhsukan@bh.com.my KOTA KINABALU: Rozaimi Abdul Rahman didakwa tidak menepati janji untuk bersama Sabah musim ini selepas menyertai juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) secara bersembunyi. Timbalan Presiden 2 Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Lawrence Gimbang, mendakwa bekas pemain Harimau Muda itu sebelum ini sudah bersetuju kekal menyarung jersi Sang Badak musim ini selepas satu perbincangan, baru-baru ini.

"SAFA berunding dengan Rozaimi baru-baru ini dan selepas berbincang, kami bersetuju dengan permintaan beliau termasuk berkaitan gaji... tidak perlulah saya dedahkan berapa banyak. "Selepas berbincang, saya anggap semua orang jujur dan dia pun datang menjalani latihan, namun Rozaimi tidak muncul pada sesi latihan pasukan pada beberapa hari lalu dengan memberikan beberapa alasan.

"Kami kemudian memanggil dia lagi (untuk turun menjalani latihan), tetapi tidak juga datang sehinggalah Rabu lalu Rozaimi sepatutnya menandatangani kontrak bersama Sabah," katanya. Lawrance berkata, beliau dan pegawai SAFA seterusnya cuba menghubungi Rozaimi namun gagal, sebelum akhirnya mendapat berita menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers yang dia sudah mengikat kontrak dengan JDT.
"Apa boleh buat, itu keputusannya... kita ucapkan selamat maju jaya kepada Rozaimi," katanya. Pemain yang pernah dinobat sebagai 10 pemain terbaik Asia pada 2012 itu membuat kejutan apabila dilaporkan menandatangani kontrak bersama JDT walaupun sebelum ini menyatakan hasrat untuk kekal bersama Sabah, musim depan. Rozaimi turut mengakui tindakannya menyertai pasukan juara AFC itu kerana kesudian Tunku Mahkota Johor (TMJ) membantu proses pemilihan kecederaan panjangnya.
ROZAIMI Abdul Rahman. - Foto Edmund Samunting


SUMBER : http://www.bharian.com.my/node/114216

No comments:

Post a Comment