Ad

Friday 1 January 2016

Remaja reka cerita kena culik

Oleh AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI
MENIPU... Inilah gadis yang mendakwa diculik tetapi akhirnya ditemui selamat bersama teman lelakinya di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting kelmarin.

SHAH ALAM – Kisah seorang remaja perempuan yang mendakwa dirinya diculik sebuah van berwarna putih di Bandar Sultan Suleiman di Klang Utara, Klang pada Ahad lalu sebenarnya rekaan semata-mata apabila gadis itu ditemui selamat bersama kekasihnya pada malam tahun baru kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu ditemui di dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki berusia 19 tahun yang merupakan kekasihnya pada pukul 7.45 malam di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

“Soal siasat ke atas remaja itu menunjukkan dia sengaja mereka-reka cerita kononnya dia te­lah diculik dengan tujuan untuk hidup bebas daripada keluarga,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, remaja perempuan berasal dari Klang Utara itu dan teman lelakinya dikatakan saling mengenali kira-kira sebulan lalu di sebuah restoran di Bandar Baru Sultan Suleiman, Klang.

Difahamkan, kekasih remaja perempuan itu merupakan anak seorang ahli perniagaan dan berketurunan Cina.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3w2bcWNmG Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment