Peristiwa hijrah Nabi Muhammad
SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan impak yangbesar kepada perjuangan
Islam kerana ia bukan sahaja menyebabkan terbentuknya negara Islam,bahkan telah
mengubah landskap politik, ekonomi, dan sosial di Madinah. Sebelum
penghijrahanNabi Muhammad SAW, struktur sosial masyarakat dibelenggu dengan
fahaman perkauman yangmelampau dan bersifat individualistik. Namun, senario ini
berubah apabila Baginda berjayamengubah masyarakat dengan memperkenalkan konsep
ummah (masyarakat) yang saling menghormati antara satu sama lain.
Ummah dari sudut bahasa bermaksud
masyarakat. Dalam konteks di Madinah, ummah meruiuk kepada warga Madinah. Dalam
al-Quran juga ada menyebut beberapa kali perkataan ummah yang merangkumi
golongan manusia dan jin. Mengikut Piagam Madinah, konsep ini jelas
menggambarkan wujud dua kelompok masyarakat yang besar, iaitu masyarakat Islam
yang terbahagi kepada golongan Muhajirin dan Ansar serta masyarakat bukan Islam
yang majoritinya berbangsa Yahudi namun berada di bawah kepemimpinan Nabi
Muhammad SAW.
Golongan Muhajirin merupakan golongan
pendatang dari Makkah yang berhijrah bersama-sama NabiMuhammad SAW ke Madinah.
Golongan Ansar pula merupakan penduduk asal Madinah yang terdiri daripada kaum
Aus danKhazraj. KaumYahudi pula dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu Bani
Qainuqa', Bani Nadhir, dan Bani Quraizah.
Proses pembentukan ummah sebenarnya telah
bermula di Makkah lagi, iaitu sejak Nabi Muhammad SAW menerima yahyu pertama
pada tahun 610 M. Baginda memulakannya melalui proses dakwah yang berlangsung
secara sulit dan terbuka. Dakwah secara sulit ditumpukan kepadakaum keluarga
dan sahabat terdekat. Hasilnya, beberapa orang individu terkemuka menerima
agamaIslam. Antaranya ialah Siti Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar al-Siddiq,
Uthman bin Affan, dan Zubair bin al-Awwam. Nabi Muhammad SAW dan Arqam bin Abi
Arqam menjadikan kediaman mereka sebagai pusat dakwah Islamiah.
Selepas tiga tahun berdakwah secara
sulit, Baginda menerima wahyu daripada Allah SWT agar berdakwah secara terbuka
kepada kaum Quraisy dan penduduk kota Makkah seperti yang terkandung dalam
surah al-Muddathir. Berikutan daripada peristiwa ini, bermulalah penentangan
oleh kaum Quraisy Makkah yang dipelopori bapa saudara Baginda sendiri, iaituAbu
Lahab dan pengikutnya.
Kaum Quraisy Makkah telah melakukan
pelbagai bentuk penentangan terhadap dakwah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad
SAW. Penentangan tersebut pada mulanya dilakukan secara diplomasi dan
kemudiannya secara kekerasan. Antara kaedah diplomasi yang digunakan untuk
menghalang hasrat Baginda membentuk masyarakat Islam yang lebih besar adalah
dengan mengejek atau menghina melalui perbuatan dan perkataan. Kaum Quraisy
Makkah juga berusaha menggunakan Abu Thlib supaya memujuk Nabi Muhammad SAW
menghentikan usaha dakwah, namun tindakan tersebut tidak berjaya. Oleh itu,
usaha diplomasi terakhir yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah adalah dengan
berunding sendiri dengan Nabi Muhammad SAW. Mereka menawarkan tiga perkara yang
menjadi buruan manusia, iaitu wanita, harta, dan pangkat. Mereka juga
mencadangkan supaya Nabi Muhammad SAW dan mereka bergilir-gilir menyembah Tuhan
masing-masing. Namun, Nabi Muhammad SAW bertegas menolak cadangan tersebut
berdasarkan perintah Allah SWT dalam surah al-Kafirun. Setelah gagal melalui
diplomasi, kaum Quraisy Makkah bertindak lebih agresif. Mereka menyeksa
penganut-penganut Islam seperti Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir, dan Khabbab
bin Arrat. Kaum Quraisy Makkah juga mengisytiharkan pemulauan terhadap kaum
keluarga Nabi Muhammad SAW setelah mendapati pengaruh Baginda kian meluas
termasuk di Habsyah. Pemulauan ini berlangsung selama tiga tahun. Kemuncak
penentangan yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah ialah mengadakan
perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.
Kegagalan membentuk masyarakat Islam di
Makkah menyebabkan Baginda mengubah strategi dakwah. Tumpuan Baginda beralih
kepada rombongan yang datang mengerjakan ibadat haji di kota Makkah. Sebenarnya
usaha ini adalah susulan daripada kegagalan Baginda mendapat sokongan daripada
penduduk Ta'if (Bani Thaqif yang telah berjaya dihasut oleh kaum Quraisy
Makkah.
Nabi Muhammad SAW telah menemui beberapa
orang tokoh dari Yathrib seperti Suwayd bin Samit dan Iyas bin Mu'adh serta
berdakwah kepada mereka agar menerima dan menyebarkan agama Islam. Susulan
daripada itu, apabila mengetahui tentang kedatangan rombongan kaum Khazraj,
Baginda telah menemui mereka berhampiran BukitAqabah. Pada musim haji
berikutnya, iaitu pada tahun 621M, 10 orang daripada kaum Khazraj dan 2 orang
daripada kaum Aus datang menemui Baginda dan memeterai Perjanjian Aqabah I.
Mereka berikrar akan meninggalkan segala amalan jahiliah termasuk penyembahan
berhala, membunuh anak perempuan, hasad dengki, dan menyakiti jiran. Nabi
Muhammad SAW kemudiannya menghantar Mus'ab bin Umayr ke Yathrib untuk mengajar
al-Quran dan seterusnya menyebarkan Islam.
Pada tahun 622M, seramai 73 orang dari
Yathrib datang menemui Baginda dan kemudiannya
memeterai Perjanjian Aqabah II.
Dalam perjanjian ini, mereka bukan sahaja berjanji untuk
menjadikan Islam sebagai
pegangan hidup, malah menjemput Baginda berhijrah ke Yathrib dan
melantik Baginda sebagai
pemimpin mereka. Perkara paling penting yang dipersetujui ialah mereka sanggup
mempertahankan Baginda sebagaimana mereka mempertahankan keselamatan diri dan
keluarga mereka sendiri. Berdasarkan keadaan ini serta wujudnya rancangan untuk
membunuh Baginda oleh kaum Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad SAW telah
melakukan hijrah ke Yathrib pada tahun tersebut.
Peristiwa penghijrahan telah membolehkan
Nabi Muhammad SAW membentuk sebuah negara Islam di Madinah. Sebagai pemimpin
tertinggi, Baginda telah merangka sistem perundangan yang bersumberkan wahyu
agar memberikan keadilan kepada semua warga Madinah. Piagam Madinah yang
digubal mengandungi 47 fasal yang menyentuh tentang hak orang Islam, hak orang
bukan Islam dan hak serta tanggungjawab bersama arfiaraorang Islam dengan bukan
Islam. Salah satu fasal penting dalam piagam ini ialah pengenalan konsep ummah
yang merujuk kepada warga Madinah yang beragama Islam dan bukan beragama Islam
wajib hidup dengan saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kepemimpinan Nabi
Muhaammad SAW sebagai pemimpin tertinggi negara.
Walau bagaimanapun, konsep ummah yang
dibentuk oleh Baginda telah mengalami perubahan berikutan pengkhianatan yang
dilakukan oleh kaum Yahudi. Tindakan kaum Yahudi tersebut telah memaksa Nabi
Muhammad SAW mengusir mereka dari bumi Madinah. Selepas peristiwa tersebut,
konsep ummah hanya merujuk kepada masyarakat Islam yang berpaksikan akidah yang
sama serta mengamalkan konsep ak'hlak amal ma' ruf nahi munkar.
Kesimpulannya, proses
pembentukan ummah bukanlah sesuatu yang mudah. Proses ini telah
memakan masa yang lama.
Tindakan bijak Nabi Muhammad SAW merangka strategi supaya
pembentukan ummah berlaku
secara evolusi menggambarkan kehebatan Baginda sebagai pemimpintertinggi
negara. Malah, kebijaksanaan Baginda kian terserlah apabila berjaya menyatukan
masyarakat berbilang bangsa di Madinah, sekali gus mewujudkan masyarakat yang
adil dan harmonis terutama selepas pengusiran kaum Yahudi.
No comments:
Post a Comment