SABTU, 26 DISEMBER 2015 @ 3:18
PM
Oleh Balqis Jazimah Zahari
bhnews@bh.com.my PUTRI Shazlyn Mohd Zairul Shah,
7, berkesempatan membaca buku
di Piramid Buku Terbesar Dunia pada Majlis Perasmian Bos Gaurus Book Fest yang
disempurnakan oleh Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris
di Stadium Indera Mulia hari ini. - Foto L.Manimaran IPOH:
Projek Piramid Buku Terbesar
Dunia sempena Bos Gaurus Book Festival, di sini berjaya memecah Rekod Dunia
Guinness (GWR) dengan 70,247 naskhah buku, sebentar tadi. Wakil GWR, Anna Lewis
Orford, hadir sebagai saksi dan mengesahkan ia memecahkan rekod dunia membina
piramid buku terbanyak dengan jumlah 63,377 buku yang dipegang oleh Kedai Buku
Ernster di Luxembourg pada April lalu. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam
Negeri Perak (PPANP), Nor Aini Mohd Nordin, berkata idea untuk menyertai GWR
dilaksanakan oleh IMAGIKA Sdn Bhd pada sekitar bulan Ogos dan pihaknya
mengumpul buku pada bulan lalu sebelum mula membina piramid buku pada 19
Disember.
"Secara jujur, bukanlah
satu kerja mudah kerana kami perlu melakukannya secara berhati-hati mengikut
kriteria untuk melabel, menjejak, melekatkan nombor siri sebelum menentukan
bentuk penyusunan struktur piramid di bahagian atas dan di bawah buku dengan
begitu teliti dan kukuh. "Sekiranya rekod sebelum ini membina piramid
dalam tempoh penyusunan tanpa henti selama lapan minggu untuk membina sejumlah
63,377 buku tetapi kami berjaya siap menyusun selama seminggu sahaja,"
katanya pada sidang media selepas pengumuman pengiktirafan sijil GWR di pentas
utama di Stadium Indera Mulia di sini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai
Eksekutif IMAGIKA Sdn Bhd, Hezle Helan dan Pengerusi urusetia program, Rozana
Raja Ibrahim. Nor Aini berkata, seramai 40 orang kakitangan yang kebanyakan
adalah sukarelawan, bekerja tanpa henti secara bergilir atau mengikut syif
bermula jam 8 pagi hingga 8 malam dan 8 malam hingga 8 pagi untuk menyusun dan
membina piramid membabitkan 70,247 dengan keluasan 6 x 6 meter dan tiga meter
tinggi.
Beliau berkata, 20,000 naskhah
buku adalah sumbangan daripada komuniti seluruh negara manakala selebihnya
adalah daripada PPANP. "Sesuai dengan slogan 'Perak Amajaya' yang
diilhamkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sebagai
negeri yang kaya dengan pendidikan dan ilmu, rekod ini menjadi simbolik bagi
menguatkan slogan berkenaan.
Sumber : http://www.bharian.com.my/node/108444
No comments:
Post a Comment