Oleh
Aziman Rosdi -aziman@hmetro.com.my
Kuala
Lumpur: Spekulasi siapakah yang bakal membimbing Selangor musim depan akhirnya
terjawab apabila Zainal Abidin Hassan sah dilantik sebagai jurulatih dengan menandatangani
kontrak dua tahun.
Pengumuman
pelantikan itu dibuat sebentar tadi selepas Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)
menyuarakan keyakinan atas pengalaman dan pencapaian Zainal selaku jurulatih
selama 14 tahun termasuk membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia 2013 dan 2014
dan Liga Super 2006.
Pengendali
berusia 54 tahun itu mengambil tempat Mehmet Durakovic yang bersetuju
menamatkan kontrak awal dengan bayaran pampasan dilaporkan hampir RM900,000.
Zainal
bekas pemain Gergasi Merah akan mula melatih pasukan pada 5 Januari 2016 sambil
dibantu K Gunalan selaku penolong jurulatih,
Azlisham
Ibrahim sebagai jurulatih penjaga gol dan Norhudahiroshi Razak jurulatih
kecergasan.
Artikel
ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2015 @ 6:35 PM
Zainal
jurulatih baru skuad Merah Kuning musim depan. Foto fail NSTP
No comments:
Post a Comment