Pada hari ini dalam tahun
1982, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin
Mohamad, telah meletakkan batu asas bangunan Ibu
Pejabat Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) di
Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. Di dalam ucapannya YAB Perdana
Menteri, menyatakan bahawa dengan
pembinaan bangunan ini, menandakan satu
kemajuan yang telah dicapai oleh
LUTH sejak penubuhannya pada awal tahun
60-an serta menjadi lambang kepada
ketelitian dan kededikasian pengurusan LUTH
sehingga dapat membawa institusi ini ke
satu tahap yang boleh dibanggakan.
Bangunan yang mendapat sentuhan
arkitek terkenal Hijaz Kasturi ini telah
dibina di kawasan seluas 600 000 kaki persegi
dengan konsep binaan bangunan yang
bulat tinggi dan tirus di bahagian tengah
serta berbentuk kembang ke bawah. Binaan ini
bertujuan mendapatkan ruang yang lebih
untuk melicinkan pergerakan kenderaan,
sementara binaan kembang di bahagian atas
pula adalah untuk mengimbangi seluruh
bentuk bangunan di samping menimbulkan kehebatan binaannya.
Bangunan ini telah dirasmikan pembukaannya pada
19 September 1985 oleh DYMM Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Iskandar Alhaj Ibni
Almarhum Sultan Sir Ismail.
Sumber-http://hids.arkib.gov.my/
|
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Friday, 15 January 2016
PERLETAKAN BATU ASAS BANGUNAN IBU PEJABAT LUTH 15.1.1982
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment