Ad

Saturday, 23 January 2016

Liverpool bangkit benam Norwich 5-4 NORWICH

SABTU, 23 JANUARI 2016 @ 10:48 PM EPL:

: Liverpool terpaksa mengerah segala keringat sebelum berjaya menewaskan Norwich City 5-4 di Carrow Road pada pertembungan menarik Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi. Ketika perlawanan tampak berakhir tanpa tambahan jaringan ketika di kedudukan 4-4, pemain gantian Liverpool, Adam Lallana muncul wira dengan meledakkan jaringan kemenangan ketika pengadil hampir meniup wisel permainan.

Ironinya, gol penyamaan 4-4 Norwich juga dijaringkan ketika permainan sudah memasuki masa kecederaan menerusi Sebastien Bassong. Berjaya di depan menerusi pemain Brazil, Roberto Firmino pada minit ke-18, Liverpool begitupun ketinggalan 2-1 berakhir babak pertama. Menyamakan kedudukan menerusi Dieumerci Mbokani pada minit ke-29 yang bijak menjaringkan gol menerusi kuisan ke belakang, penyerang baharu Norwich yang baru dibeli dari Everton, Steven Naismith meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-41.

Norwich semakin selesa apabila mendahului 3-1 sembilan minit babak kedua bermula menerusi penalti yang disempurnakan Wes Hoolahan sebelum Liverpool melancarkan kebangkitan. Bermula dengan jaringan kapten pasukan, Jordan Henderson pada minit ke-55, Firmino meledak gol keduanya menjadikan kedudukan 3-3.

James Milner kembali meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-75 namun jaringan Bassong ketika masa kecederaan sudah memasuki minit kedua mencetus berang Jurgen Klopp di tepi padang menjadikan kedudukan kembali terikat. Begitupun, Lallana yang dimasukkan pada minit ke-59 menggantikan Jordon Ibe jelas tidak mengecewakan dengan meledak jaringan kemenangan ketika masa kecederaan memasuki minit kelima. Berbanding sembilan gol yang dijaringkan di Carrow Road, pertembungan pertama di Anfield, tahun lalu berkesudahan terikat seri 1-1. - Agensi
 
PEMAIN Liverpool, Roberto Firmino (tengah) dikerumuni rakan sepasukannya sejurus menjaringkan gol ketiga pasukannya pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Norwich. - Foto Reuters


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/117390

No comments:

Post a Comment