JUMAAT, 29 JANUARI 2016 @ 6:15
PM
PELUMBA trek negara,
Azizulhasni Awang. - Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Pelumba trek negara,
Azizulhasni Awang memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara
pecut lelaki pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Jepun, sebentar tadi. Dia
melakukan 10.073 saat dalam perlumbaan 200 meter itu seterusnya berkedudukan
kedua pada pusingan kelayakan. Azizulhasni mengatasi catatan lama 10.179s
dilakukannya pada Siri Piala Dunia di Beijing pada 2010. Pelumba berasal dari
Terengganu berusia 28 tahun itu menewaskan Kang Shih Feng dari Taiwan pada
pusingan pertama dan akan berdepan wakil Jepun, Seiichiro Nakagawa bagi saingan
lapan terbaik esok.
Sumber :
http://www.bharian.com.my/node/119368
No comments:
Post a Comment