Ad

Saturday, 2 January 2016

Liverpool lemas di Upton Park

SABTU, 2 JANUARI 2016 @ 11:11 PM

 
PENYERANG West Ham United, Andy Carroll (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Upton Park, London, malam ini. West Ham tewaskan Liverpool 2-0. - Foto AFP LONDON: West Ham United mengekalkan rekod bersih ke atas Liverpool musim ini selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas lawan itu di Upton Park, sebentar tadi. Pada aksi pertama di Anfield, skuad The Hammers Ogos lalu, anak buah Slaven Bilic yang turut menewaskan Chelsea, Manchester City dan Arsenal musim ini unggul dengan kemenangan 3-0. Keputusan sebentar tadi menyaksikan West Ham mengumpul 32 mata, memintas jumlah dikumpul Liverpool yang sekadar 30 mata. Pada perlawanan itu, Jurgen Klopp tampil dengan rekod bersih dalam dua perlawanan terdahulu termasuk menumpaskan pendahulu, Leicester City namun pencapaian itu langsung tidak menghadirkan rasa gerun. Sebaliknya, West Ham nyata tampil sebagai watak 'pembunuh gergasi' apabila mendahului permainan seawal minit ke-10 hasil tandukan Michail Antonio. Bersambung babak kedua, The Reds tampil lebih tersusun tetapi pertahanan tuan rumah lebih kukuh mempertahankan gawang mereka dengan mematahkan setiap gerakan diatur Liverpool. Memasuki minit ke-55, bekas penyerang Liverpool, Andy Carroll terus meletakkan Klopp dalam keadaan tertekan apabila menambah jaringan buat West Ham.


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/110508

No comments:

Post a Comment