Oleh Ferzalfie
Fauzi-ferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jurulatih FELDA
United, Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan keserasian pemain baru dan
lama yang menyaksikan mereka mengikat skuad kebangsaan Bangladesh 1-1 pada
perlawanan kedua Piala Bangabandhu kelmarin.
Menurutnya, anak buahnya beraksi
baik pada perlawanan berkenaan dan memang beliau mengharapkan peningkatan dapat
dipamerkan sebagai persiapan terbaik menjelang Liga Super musim 2016.
“Saya memang mahu pemain
mempertingkatkan prestasi dari setiap perlawanan kerana kami baru saja memulakan
latihan pramusim,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Dalam perlawanan itu, FELDA
United terlebih dulu berada di depan apabila memperoleh jaringan melalui Hadin
Azman pada minit ke-54, sebelum penyerang tuan rumah, Mithun Chowdhury menyamakan
kedudukan pada minit ke-76.
Irfan berkata, setakat ini
penyerang Bobby Gonzales masih lagi mencari rentak untuk cuba menyesuaikan diri
dengan pemain lain, namun Abdul Shukur Jusoh, S Sivanesan, Norfazly Alias dan
Ahmad Ezrie Shafizie berjaya membentuk persefahaman mantap.
“Saya lihat kesemua pemain baru
itu dapat menyesuaikan diri dengan pasukan dan semalam (kelmarin) kami berjaya
menjaringkan gol sulung kejohanan ini melalui Hadin selepas menerima hantaran
silang pertahanan kanan, Hasni Zaidi Jamian.
“Sekarang ini memang kecergasan
pemain belum lagi pada tahap 100 peratus apabila dalam perlawanan semalam
terutama bermula minit ke-75 mereka sudah mula memperlahankan rentak
permainan,” katanya.
Beliau berharap kesemua pemain
akan mencapai tahap kecergasan terbaik sebelum bermulanya saingan liga apabila
mereka mempunyai tempoh lagi tiga minggu untuk menyesuaikan diri termasuk
bersama tiga tonggak import iaitu Thiago Augusto Fernandes, Gilberto Alemao dan
Lutfulla Turaev.
Irfan mengharapkan anak buahnya
mampu memberikan prestasi terbaik menjelang perlawanan terakhir Kumpulan A
bertemu Sri Lanka hari ini untuk mencari slot ke separuh akhir.
Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 15 January 2016 @ 8:29 AM
PEMAIN FELDA United Ahmad
Syamim Yahya (tengah) cuba melepasi pertahanan Bangladesh.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/107449#sthash.HGsFZqCU.dpuf
No comments:
Post a Comment