1.3 Sistem pemerintahan Nabi
Muhammad SAW abad ke-7M
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pengertian Piagam Madinah
Piagam Madinah /Mithaq
al-Madinah/al-Sahifah- merujuk kepada perlembagaan bertulis berkenaan hak dan
tanggungjawab pemerintah dan oang yang diperintah
a.Kandungan Piagam Madinah
Penduduk Madinah terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari segi agama dan budaya
seperti orang Islam,Yahudi dan Musyrikin. Mereka sememangnya memerlukan sebuah
undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup.
Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam
Madinah untuk menjadi pedoman sebuah negara berdaulat setelah berjaya
mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Undang-undang ini dipanggil
Sahifah Madinah atau Piagam Madinah yang digubal pada tahun pertama dan kedua
Hijrah. Undang-undang ini melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah, iaitu
antara orang Islam sesama Islam (Muhajirin dan Ansar) dan antara orang Islam
dengan kaum Yahudi.
Piagam ini digubal berdasarkan wahyu dan
norma-norma masyarakat pada waktu itu yang terdiri daripada orang Islam dan
bukan Islam. Kaum Yahudi pada mulanya memberikan
sambutan yang baik.Baginda
telah berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka.Baginda telah membentuk
undang-undang yang dikenali sebagai sahdah setelah kedua-dua pihak saling
mempercayai.
Piagam yang dirangka oleh Nabi Muhammad
SAW merupakan piagam pertama di dunia yang mantap dari aspek isi kandungannya
kerana mampu memenuhi tujuan dan objektif berhubung kewajipan dan tanggungiawab
pemerintah rakyat serta keperluan-keperluan lain .[1]
Pembahagian Piagam Madinah
a)Bahagian pertama mengandungi
23 fasal menyentuh tentang hubungan sesama umat Islam dan tangungjawab sesama
umat Islam dan tanggungjawab sesama mereka.
b)Bahagian kedua mengandungi 24
Fasal melibatkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka tehadap negara Islam
Madinah.
Tiga golongan utama yang
telibat dengan Piagam Madinah iaitu Muhajiin, Ansa dan Yahudi.[2]
(a) Fasal I merupakan
pengenalan kepada piagam ini dan mengakui tentang keesaan Allah SWT dan
kerasulan Nabi Muhammad SAW.
(b) Fasal 2 hingga 11
menerangkan kedudukan kaum-kaum dalam negara Islam Madinah.
(c) Fasal l2,hingga 23
menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungiawab sesama sendiri dan
perkara-perkara yang patut dilakukan dan yang patut ditinggalkan.
(d) Fasal 24hingga 38 merupakan
fasal yang menyebut kedudukan kaum Yahudi dalam negara Islam Madinah.
(e) Fasal 39 hingga 47 pula
menerangkan kedudukan Yathrib (Madinah) sebagai sebuah kota yang suci dan harus
dipertahankan oleh penduduknya dalam segala peperangan.[3]
Kandungan Utama Piagam Madinah
A)Rasulullah SAW sebagai
pemimpin masyarakat dan ketua negara. Ini membolehkan baginda menentukan hala
tuju kerajaan dan rakyat. Masalah hubungan antara Islam dan bukan Islam dirujuk
kepada baginda untuk penyelesaian. Ketua-ketua kaum pula mempunyai hak untuk
menyelesaikan masalah dalam suku masing-masing.
b)Semua penduduk sebagai satu
ummah.
c)Semua penduduk bersatu,
berkerjasama dan betanggungjawab mempetahankan
negara daripada sebarang ancaman, menegakkan keadilan dan membenteras
kezaliman.
d)Sumber piagam berasaskan
wahyu /al-Quran dan tradisi-tradisi Arab yang tidak betentangan dengan Islam.
e) Semua penduduk mempunyai
kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing.
Menjamin kebebasan beragama
dalam kalangan penduduk. Sikap saling menghomati antaa satu sama lain tuut
diberi keutamaan. Seluuh masyaakat Madinah dianggap sebagai satu
ummah.Masyarakat Madinah dilarang bermusuhan antaa satu sama lain.
f) Jaminan keselamatan kepada
semua penduduk selagi mereka mematuhi piagam.[4]
[2]“Sistem
Pemerintahan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),8.
No comments:
Post a Comment