Ad

Monday 4 January 2016

Tabik kapten Rooney

Hampiri rekod Charlton, cipta gol pertama sejak Oktober
04 Januari 2016 12:19 AM
Wayne Rooney
Wayne Rooney
MANCHESTER - Jaringan cantik Wayne Rooney meredakan tekanan Louis van Gaal apabila membantu Manchester United melakar kemenangan 2-1 ke atas Swansea City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.
Lebih manis lagi, ja­ringan itu memboleh­kan Rooney ber­­ada di kedudukan kedua senarai penja­ring Uni­ted dengan 238 gol, di belakang Bobby Charlton yang masih memegang rekod jaringan terba­nyak 249.
Kapten United itu memasti­kan pasukannya mendaki ke tangga kelima liga dengan 33 mata daripada 20 perlawanan selepas menguis bola ke gawang ketika saingan berbaki 13 minit untuk ditamatkan.
Terdahulu, Anthony Martial membuka jaringan tuan rumah menerusi tandukan minit ke-47, namun Gylfi Sigurosson mengejutkan United dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-77.
Sejurus tamat permainan, Van Gaal tidak henti-henti memuji Rooney, yang meledak gol pertamanya sejak Oktober lalu, malah menganggap jaringan hebat kapten England itu mampu menjadi titik kebangkitan pasukannya musim ini.
“Ini adalah kemenangan yang amat membanggakan.
“Kami telah beraksi dalam terlalu banyak perlawanan dan masih berupaya mempamer peningkatan.
“Bagi saya kemenangan ini dan keupayaan Rooney menja­ringkan gol semula amat pen­ting buat pasukan.

“Malah jaringannya juga amat menakjubkan, dengan menggunakan belakang kaki kiri, sukar untuk anda bayangkan gol tersebut kerana ia adalah jaringan yang cukup hebat.
“Semua pemain telah melaksanakan tugas dengan baik dan ini penting buat pengurus. Saya harap ini akan menjadi permulaan menakjubkan buat pasukan dan Rooney,” kata Van Gaal.
Rooney yang tidak dikawal pertahanan Swansea bijak memanfaatkan hantaran Martial untuk meledak gol kemena­ngan pada minit ke-77.
United mempamer peningkatan prestasi, terutama selepas gagal mendapat ja­ringan dalam lima daripada lapan perlawanan di laman sendiri.
Malah, ini adalah kemenangan pertama mereka selepas sembilan perlawanan. – AFP

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tabik-kapten-rooney-1.175949#sthash.mU9BPVJG.dpuf

No comments:

Post a Comment