Ad

Friday, 29 January 2016

Jupha tampil aksi bertenaga raih gangsa

JUMAAT, 29 JANUARI 2016 @ 8:54 PM

Pelumba wanita negara, Jupha Somnet. KUALA LUMPUR: Pelumba wanita negara, Jupha Somnet terus menampilkan aksi bertenaga untuk menyumbang pingat gangsa acara scratch elit di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di Velodrom Izu, Jepun hari ini. Ini adalah pingat kedua buat Jupha selepas menyumbang pingat perak dalam acara perlumbaan mata elit wanita pada hari pertama kejohanan. Acara itu dimenangi pelumba tuan rumah, Yuni Kajihara manakala pingat perak diraih Huang Ting Ying dari Taiwan.

Pelumba muda negara, Anis Amira Rosdi, yang pertama kali beraksi di ACC menamatkan saingan di tempat kelima acara sama kategori remaja wanita. Pingat emas acara itu dimenangi pelumba Korea Selatan, Song Minji. Seorang lagi pelumba negara, Muhd Shah Firdaus Sahrom gagal meneruskan kemaraan dalam acara itu selepas tewas kepada Nakagawa dalam penentuan repechage. Sebelum itu, Muhd Shah Firdaus tewas kepada pelumba China, Bao Saifei, yang memaksa beliau melalui penentuan repechage menentang Nakagawa bagi mencari peluang beraksi di suku akhir.


Sumber: http://www.bharian.com.my/node/119405

No comments:

Post a Comment