Ad

Wednesday 20 January 2016

Tiga syarat FAM beri Kim Swee tekanan

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
20 JANUARI 2016
Kim Swee
Kim Swee Kim Swee

BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali berpendapat tiga syarat yang diletakkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada ketua jurulatih bola sepak negara Datuk Ong Kim Swee sebagai tidak realistik.

Malah kata Khalid, tiga syarat sukar tersebut dikhuatiri akan memberikan tekanan kepada Kim Swee dalam mengendalikan Harimau Malaya.

“Sepatutnya tempoh dua tahun ini, Kim Swee perlu fokus perkuatkan pasukan negara kerana kita tahu dan FAM juga sedar Harimau Malaya ketandusan pemain berkualiti bersaing di peringkat antarabangsa. Bagi saya ia hanya perancangan jangka pendek tanpa memikirkan apa yang harus dilakukan dalam tempoh jangka panjang.

“Lupakan ranking, pertemuan Arab Saudi dan sebagainya. Semua perlu dikerahkan dalam program melahirkan pemain muda yang akan mengambil alih pasukan Harimau Malaya dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi,” katanya.

Kelmarin, Kim Swee dilantik ketua jurulatih Harimau Malaya dengan FAM meletakkan tiga syarat penanda aras kepada pengendali itu iaitu melepasi playoff Kelayakan Piala Asia, memperbaiki ranking ke tangga 140 dunia dan mencapai kejayaan di Piala AFF Suzuki 2016.

Bagaimanapun kata Khalid, bonus bagi Kim Swee jika berjaya mencapai sasaran itu dan Kim Swee perlu fokus kepada sasaran ketiga yang dilihat mungkin boleh memberikan kejayaan iaitu memenangi Piala AFF Suzuki.

“Semua perlu beri peluang kepada Kim Swee menjalankan tugas. Saya yakin dia boleh berjaya dengan sokongan semua pegawai FAM dan jika bekerjasama dengan Ketua Jurulatih Projek 2017, Frank Berhardt dan pengendali Pasukan Bawah 13 Tahun (B-13) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim.

Sumber-Sinar Harian 20 JANUARI 2016

No comments:

Post a Comment