Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
HP Menghuraikan ciri-ciri
kepemimpinan Nabi Muhammad SAW oada abad ke-7M
1.Ciri-ciri kepimpinan Nabi
Muhammad SAW.
Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
bermula selepas kebangkitan baginda sebagai rasul.
Sifat terpuji Nabi Muhammad SAW.
4.1 Ciri-ciri Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w
Kepemimpinan Nabi Muhammad
s.a.w sebenarnya telah terserlah sewaktu baginda berada di Makkah lagi, dan
ianya terbukti apabila Nabi Muhammad s.a.w menonjolkan kebijaksanaannya
menyelesaikan pertikaian tentang peletakan Hajar al-Aswad yang menjadi rebutan
dalam kalangan pemimpin Makkah.
Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah
mengesahkan kedudukan baginda sebagai pemimpin tertinggi negara Islam Madinah,
dan ianya diiktiraf oleh orang-orang Islam dan bukan Islam melalui penggubalan
Piagam Madinah.[1]
Sifat terpuji Nabi sebagai
pemimpin umat.
1.Siddiq –benar dalam tutur
kata dan tingkah laku. Para nabi dan rasul mempunyai sifat siddiq iaitu membawa
kebenaran.
2.Amanah-Ertinya para nabi dan
rasul wajib menunaikan amanah yang dipetanggungjawab kepadanya sekalipun harus
ditebus dengan jiwa raganya.Sifat amanah Rasulullah lengkap dan
sempurna.Keluhuran budi pekertinya ialah penyumbang terbesar kepada penyebaran
risalah Allah. Baginda telah menyampaikan risalah itu kepada manusia dengan
sebaik-baiknya.Bangsa Arab telah mengenali sifat amanah Rasulullah SAW sebelum
baginda diutuskan menjadi Rasul. Mereka menggelari Rasulullah dengan gelaran
al-Amin, iaitu orang yang dipercayai.
3.Tabligh- Tabligh ertinya
menyampaikan. Para rasul wajib menyampaikan wahyu daripada Allah kepada seluruh
manusia tanpa disembunyikan walau satu pun. Mereka tetap menyampaikan walaupun
menghadapi kezaliman dan kekejaman manusia.Demikian juga Nabi Muhammad SAW yang
diperintah supaya menyampaikan perintah Allah kepada umat manusia.Baginda
sentiasa menyampaikan segala ajaran, peringatan, hukum-hakam, berita gembiran
dan berita buruk kepada seluruh umatnya. Ekorannya Islam tersebar luas ke
setiap pelosok benua dengan cepat.
4.Fatanah
Fatanah ertinya kecerdikan,
kepintaran atau kebijaksanaan. Setiap Rasul yang dipilih oleh Allah SWT wajib
bersifat fatonah, malah secara lua biasa dalam memahami ajaan Allah SWT.
Rasulullah menyampaikan ajaran Allah dengan menghadapi perbahasan dan
perbincangan yang sengit dengan musuh-musuh baginda. Hal ini terbukti bahawa baginda
seorang yang bijak dan dapa memberi hujjah yang kuat serta tidak ada seorang
pun yang dapat menandinginya. Sehinggalah kata-kata baginda ,hadis menjadi
hujah yang kuat dalam setiap keputusan.[2]
Teras kepimpinan Nabi Muhammad
SAW ialah wahyu Allah SWT
Ciri-ciri kepemimpinan Nabi
Muhammad SAW SAW
1.ADIL
Menyelesaikan pertikaian
mengenai peletakan Hajar al-Aswad.
. Membela atau menghapuskan
diskriminasi terhadap kaum wanita termasuk menghapuskan amalan membunuh bayi
perempuan.
. Memperkenalkan sistem ekonomi
yang menghapuskan segala bentuk penindasan.
. Menghapuskan semangat asabiyyah dan amalan diskriminasi antara
kabilah.
2.BERANI
Mengetuai setiap kali ekspedisi
peperangan.Umpamanya, dalam Perang Badar, Perang Uhud,
Perang Khandak dan Perang Tabuk.
Menanamkan semangat jihad dalam
kalangan pejuang Islam meskipun mempunyai bilangan tentera yang sedikit
berbanding dengan musuh. Contohnya, ketika Perang Badar dan Perang Khandak.
3.BIJAK
Merencana strategi peperangan
bagi mengatasi ancaman musuh. Contohnya, menggunakan taktik menguasai tempat
strategik dalam Perang Badar dan strategi bertahan dalam Perang Khandak.
4.BERPANDANGAN JAUH
Menerima syarat-syarat yang
terkandung dalam Peranjian Hudaibiyah; bersetuju dengan menghantar semula
orang-orang Makkah berhijrah tanpa kebenaran wali mereka. Tindakan tersebut
merupakan strategi dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
5.TEGAS.
Menjatuhkan hukuman yang
sewajarnya terhadap kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam Madinah. Bani Qainuqa'
diusir kerana memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam Perang Badar dan
bertindak menjatuhkan maruah seorang wanita Islam.
Bani Nadhir diusir kerana
merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w.Bani Quraizah diusir disebabkan
bersekongkol dengan tentera Ahzab.
6.MAHIR BERPOLITIK-BIJAK BERSIASAH
Merencana proses Hijrah;
dimulai dengan memeterai Perjanjian Aqabah I dan II bagi menanam
"benih" Islam di Madinah agar memudahkan baginda berhijrah kelak.
Menggubal Piagam Madinah;
bersumberkan wahyu dan norma-norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan
syarak. 47 fasal yang terkandung dalam Piagam Madinah dipersetujui oleh
masyarakat Madinah tanpa mengira agama.
Mengasaskan hubungan diplomatik
dengan negara lain, bukan sahaja dapat mengukuhkan negara Islam bahkan melalui
penghantaran utusan ia dapat menyebarkan agama Islam dengan lebih luas sama ada
dalam atau luar Semenanjung Tanah Arab.
7.CEKAL/GIGIH/SABAR
Meskipun menghadapi cabaran
hebat daripada kaum Quraisy di Makkah, baginda tetap tegar
mempertahankan akidah Islam
walaupun menghadapi cabaran serta halangan sama ada dalam bentuk fizikal,
psikologi mahupun kewangan.
. Tidak berputus asa walaupun
misi dakwah di Ta'if menemui kebuntuan. Kesabaran baginda
meninggalkan impak positif
apabila wakil kaum Aus dan Khazraj menemui baginda untuk menyatakan
pengislaman, memeterai Perjanjian Aqabah dan menjemput baginda berhijrah ke
Madinah.
8.TOLERANSI.
. Sedia memaafkan golongan
Quraisy yang selama ini mengkhianati perjuangan Islam. Buktinya, tawanan Perang
Badar tidak dijatuhkan hukuman bunuh,sebaliknya baginda menetapkan supaya
mengajar kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai sebagai syarat
untuk menebus diri.
. Memperkenalkan etika
peperangan; bukan sekadar menggambarkan sikap tentera Islam yang berdisiplin
malah menolak tanggapan, bahawa tentera Islam berperang berdasarkan dendam dan
mementingkan habuan dunia.
. Mengamalkan musyawarah dalam
pemerintahan; mengelak rasa tidak puas hati dalam kalangan warga Madinah.
KESIMPULAN
Ciri-ciri kepemimpinan yang ada
tersebutlah yang menyebabkan Nabi Muhammad s.a.w dianggap oleh sejarawan Islam
sebagai negarawan yang unggul. Fakta ini diserlahkan dengan kejayaan Nabi
Muhammad s.a.w sebagai pemimpin politik, pemimpin masyarakat, perancang
ekonomi, panglima tentera, ketua hakim yang adil, role model dalam pembentukan
institusi keluarga Islam, pemimpin agama dan penaung kegiatan keilmuan.[3]
No comments:
Post a Comment