Pada hari
ini dalam tahun
1959, Bank Negara
Tanah Melayu telah
dibuka dengan rasminya oleh
D.Y.M.M Seri Paduka
Baginda Yang di- Pertuan Agong
Tuanku Abdul Rahman ibn
Al-marhum Tuanku Muhammad. Di dalam titah perasmiannya baginda telah menyatakan bahawa
dengan tertubuhnya Bank
Negara ini, ia
menandakan satu lagi
peristiwa penting yang
telah dicatat di dalam
sejarah Tanah Melayu
semenjak negara mencapai
kemerdekaan. Antara fungsi
utama Bank Negara
ialah seperti merancang
aktiviti kewangan kerajaan selain
bertanggungjawab menentukan perjalanan
aktiviti ekonomi negara,
termasuklah menyelenggarakan segala
keadaan kredit yang boleh
mendatangkan kebaikan kepada
Kerajaan Persekutuaan. Tuan
W.H Wilcock telah
dipertanggungjawabkan sebagai Gabenor Bank
Negara yang pertama, sebelum dilantik
ke jawatan tersebut
beliau merupakan Penasihat
Bank Kerajaan dan
telah memegang jawatan
tersebut dari Januari
1959 hingga Julai
1962.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment