Oleh-Ahmad bin Yaakob
Pada hari ini dalam tahun 1905,
sebuah Sekolah Melayu berasrama penuh telah ditubuhkan di bandar diraja Kuala Kangsar, Perak. Sekolah
ini dikenali sebagai Malay
Residential School ditubuhkan
sebagai sekolah percubaan.
William Hargreaves, guru besar
Penang Free School
telah dilantik sebagai
guru besarnya yang
pertama dengan dibantu oleh
dua orang guru
iaitu F. A Vanrennan
dan C.W Rowlands.
Pada peringkat permulaannya, murid-muridnya adalah
seramai lapan orang
dan bertambah kepada
63 orang menjelang
bulan Mac. Sehingga
penghujung tahun 1905
terdapat seramai 79
orang murid di
sekolah tersebut. Tujuan asal penubuhan sekolah khas
ini ialah bagi
melatih anak-anak kerabat diraja dan
pembesar-pembesar Melayu serta
memberi pelajaran dan latihan
bagi mengisi jawatan-jawatan dalam
perkhidmatan Kerajaan
British di Tanah
Melayu. Bangunan tambahan
sekolah ini telah
siap dibina pada
tahun 1909 dengan
peruntukan sebanyak $ 30,
000.00 dan telah
dirasmikan sebagai Malay
College Kuala Kangsar
(MCKK). Berikutan daripada
itu MCKK telah
dijalankan sepenuhnya sebagai English
Public School. Sehingga
kini, MCKK yang
dikhaskan kepada murid-murid
lelaki sahaja telah melahirkan
ramai cendekiawan Melayu.
SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/
No comments:
Post a Comment