Ad

Sunday 10 January 2016

KARTUN ISU SEMASA SIRI 7

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Maro melukis kaikatur Mohd Badrhi Radzi, Indraputra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad, Khaiul Izuan Rosli dan Khairul Fahmi Che Mat  Qu Puteh Barulah Puteh.

Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.

Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun Kelantan gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.

Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja. Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.

Dari segi pencapaian, Kelantan FA bergelar Naib Juara Piala Malaysia setelah tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan FA pada tahun 2009. Pada tahun sama Kelantan FA juga muncul Naib Juara Piala FA apabila kalah kepada Selangor FA dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 1-4. Manakala selang setahun kemudian, Kelantan FA berupaya mendapat tempat Naib Juara Liga Super 2010 dan seterusnya tahun 2010 juga menyaksikan kejayaan bersejarah buat Kelantan FA apabila dinobatkan selaku Juara Piala Malaysia setelah menundukkan Negeri Sembilan FA 2-1 dalam perlawanan akhir. Untuk rekod, Kelantan FA pernah beraksi sebanyak 6 kali di pentas akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1955, 1970, 2009, 2010, 2012 dan terbaru 2013.[1]

      Pada tahun 2014 pasukan bolasepak Kelantan mula mengalami kemerosotan prestasi apabila menduduki tempat ke-6 Liga Super, separuh akhir Piala FA, suku akhir Piala Malaysia dan peringkat kumpulan Piala AFC. Kemerosotan pasukan bolasepak Kelantan semakin ketaa pada tahun 2015 apabila menduduki tempat ke-9 Liga Super, Naib Juara Piala FA dan peringkat kumpulan di kejohanan Piala Malaysia. Saya berharap dengan tajaan Syarikat Vida Beauty masalah kewangan akan berakhir dan Kelantan kembali merampas Piala FA, Piala Malaysia dan kejuaan Liga Super.




[1] https://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantan_FA

No comments:

Post a Comment