Ad

Friday 1 January 2016

Ribuan ikan mati dalam parit

 
Oleh ROSHANIZA ABD. HALIM

Beberapa orang penduduk menunjukkan bangkai ikan ternakan dalam sangkar yang timbul di satu kawasan parit di Kampung Parit Haji Taib 2, Bagan Serai semalam.

BAGAN SERAI – Penduduk kampung Parit Haji Taib 2 di sini mengesyaki kejadian ribuan ikan termasuk yang diternak dalam sangkar di parit utama kampung berkenaan mati akibat perbuatan khianat.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas beberapa orang penduduk kampung me­larang sekumpulan lelaki menangkap ikan dengan menggunakan pukat harimau di parit berkenaan.

Beberapa hari selepas kejadian itu, penduduk kampung dikejutkan dengan kejadian kesemua ikan di parit itu mati dan dipercayai telah diracun.

Seorang penduduk, Malik Ahmad, 55, berkata, ketika orang kampung menegur tindakan kumpulan lelaki terbabit, mereka agak marah dan tidak berpuas hati kerana aktiviti mereka diganggu.

“Tiga orang lelaki tidak dikenali menaiki sebuah lori dan berhenti untuk menangkap ikan di parit ini pada waktu malam baru-baru ini.

“Kaedah tangkapan dengan menggunakan pukat harimau menimbulkan rasa tidak senang segelintir penduduk ke­rana selama ini menjadikan hasil ikan air tawar di dalam parit itu sebagai sumber pendapatan mereka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3w3vTe4PR Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment