Ad

Saturday 9 January 2016

LAPORAN PEMINDAHAN PUSAT PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT 9.1.2016

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Negeri-Negeri Selat terdiri dari Pulau Pinang, Singapua dan Melaka.
Pada hari ini dalam tahun 1864, satu laporan mengenai  belanjawan  sumber-sumber kewangan  Negeri-negeri  Selat  berkaitan  dengan  perkara  pemindahan  kuasa pentadbiran  daripada  kerajaan  British  di India  kepada  Kerajaan  British  di  London telah disediakan oleh Setiausaha Jawatankuasa Pemerintahan Negeri-negeri Selat, R.C Woods.  Laporan  yang  terhasil  daripada  mesyuarat  yang  diadakan  oleh  Jawatankuasa  Pemindahan  Pentadbiran  Negeri-negeri  Selat  antaranya  menyatakan  berkenaan belanjawan ketenteraan, perkhidmatan awam, aktiviti perdagangan, Jabatan Tanah, Jabatan Kerja Raya, cukai, undang-undang dan Majlis Perbandaran. Selain  daripada itu, di dalam laporan ini juga R.C. Woods telah mengusulkan agar dibatalkan atau dimusnahkan jabatan yang tidak mendatangkan faedah, tetapi memerlukan perbelanjaan yang besar  serta  merugikan kerajaan. Laporan  tersebut  juga  telah  menekankan tentang faedah, keuntungan dan kepentingan pentadbiran Negeri-negeri Selat sekiranya ditadbirkan dari London berbanding  dengan pentadbirannya dari India. Pemindahan kuasa pentadbiran dari India ke London ini bermatlamat untuk mengurangkan perbelanjaan pentadbiran kepada yang paling minima bagi mendapatkan keuntungan daripada aktiviti perdagangan selain melicinkan Pentadbiran  Kerajaan  British  di  Negeri-negeri  Selat.

SUMBER-http://hids.arkib.gov.my/

No comments:

Post a Comment