Ad

Saturday, 23 January 2016

Chong Wei bertemu Iskandar di pentas final Grand Prix Emas

23/01/2016 10:57pm

GEORGE TOWN - Selepas menumbangkan tiga pemain pilihan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin akhirnya akan diuji oleh jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei di pentas final Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia Masters di sini esok.

Dalam aksi separuh akhir di SPICE Arena di sini hari ini, Iskandar meneruskan rentak cemerlangnya apabila mengejut pilihan kedua dari India, K. Srikanth, dengan straight set 27-25, 21-19.

Pencapaian di luar jangkaan itu akan menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu berdepan dengan Chong Wei yang turut melangkah ke final selepas menewaskan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-19, 21-15 dalam masa 58 minit.

Selepas hampir menamatkan karier badmintonnya tahun lepas, harapan Iskandar kembali bersinar pada kejohanan ini apabila mengejutkan pemain ke-12 dunia, Son Wan Ho dari Korea Selatan pada pusingan pertama.

Juara kebangsaan itu kemudian menyingkirkan pemain Indonesia, Anthony Ginting pada pusingan kedua disusuli pemain China, Xue Song di pusingan ketiga. - Bernama




SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_21.htm#ixzz3y5AR8cIX Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment