OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Juragan melalui ruangan Dialog
Kota Raya memaparkan isu saranan menteri untuk membuat dua kerja dalam satu masa.Juragan
merupakan kawan lama sahabat saya sejak bangku sekolah, kartunis ACAI atau
Yusuf Nawi.[1]
Menurut ACAI, Juragan merupakan seorang bekas guru. Saya mengikuti katun Juragan,
iaitu Dialog Kota Raya sejak tahun 1992, ketika mengajar di SMK Tengku Abdullah,
Pekan.
Isu buat dua kerja bukan perkara baru di Negara
kita Malaysia. Pada tahun 1980-an rakan sekampung yang berkerja sebagai budak
pejabat di Kuala Lumpur membuat dua kerja. Malah tedapat juga keluaga dan rakan-rakan
yang menjadi guru lepasan maktab tahun 1980-an bekerja sebagai buruh kontrak di
Singapura. Ada yang mencari pengalaman di negara orang di Singapura atau
mencari pendapatan sampingan semasa cuti sekolah. Semasa bekerja sambilan semasa
cuti Semester Akhir tahun 3 di UKM di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987,
saya dapati ramai juga kawan-kawan akan serumah yang membuat dua kerja. Ketika
itu saya menyewa di Kampung Baru. Kini di Bandar Jengka terdapat golongan muda
menjadi pekerja Am di Uitm dan berniaga berger dan sate pada waktu malam
Bersama sahabat ACAI di KPM.
[1] Temu
ramah ACAI pada 24 April 2015
No comments:
Post a Comment