NORSHIKIN MOHD SALLEH
8 JANUARI 2016
Janji Alex untuk JDT Alex
(kiri) menjalani latihan bersama rakan sepasukan. - Foto JOHOR SOUTHERN TIGERS
PEMAIN baharu Johor Darul
Ta'zim (JDT), Azammudin Akil tekad mempamerkan aksi konsisten dan terbaik dalam
membantu pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia 2016 dan Kelayakan Liga
Juara-Juara Asia (ACL).
Pastinya kepercayaan Penaung
Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim yang sudi memberi peluang buat dirinya mengembangkan
karier amatlah dihargai.
"Saya berjanji akan
berikan yang terbaik untuk pasukan ini, JDT adalah sebuah kelab yang cukup
profesional dan mempunyai kemudahan latihan serba lengkap.
“Terima kasih kepada Tunku
Ismail yang memberi peluang kepada saya untuk mengembangkan karier bola sepak
saya di negeri ini,” katanya yang dipetik dari laman Johor Southern Tigers
(JST).
Penyerang berusia 26 tahun dari
Kuala Lipis, Pahang, itu menyatakan keterujaan memulakan sesi latihan bersama
pasukan Harimau Selatan.
Kelibat pemain itu kelihatan
dalam sesi latihan pada hari pertama pasukan JDT di Padang Seri Gelam,
kelmarin, di bawah kendalian Mario Gomez.
Turut kelihatan pada sesi
latihan berkenaan ialah pemain berdarah campuran iaitu Samuel Somerville
(England) dan penyerang baharu JDT, Paulo Rangel.
Sesi latihan yang telah bermula
itu sebagai persediaan menghadapi
perlawanan pra-musim yang juga persiapan awal menjelang perlawanan kelayakan
(ACL) dan Liga Malaysia yang akan bermula Februari depan.
Rekod kecemerlangan Azamuddin
atau Alex terbukti apabila mempamerkan aksi memukau ketika dipinjamkan ke
Kelantan pada saingan Piala Malaysia musim lepas dengan menjaringkan enam gol.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 8
JANUARI 2016
No comments:
Post a Comment