Ad

Friday 29 January 2016

FAM arah Syahrul kembali ke Kelantan

JUMAAT, 29 JANUARI 2016 @ 3:39 PM

Oleh Syed Riduan Ahmad smriduan@bh.com.my
 
BEKAS pemain Harimau Muda kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali KUALA LUMPUR: Bekas pemain Harimau Muda kelahiran Kelantan, Syahrul Azwari Ibrahim perlu kembali ke negeri asalnya sebelum menyertai pasukan lain. Itu keputusan ditetapkan Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas meneliti afidavit daripada semua pihak terbabit hari ini. Bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) masih berpeluang mendapatkan khidmat Syahrul musim ini, bergantung kepada perbincangan mereka dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

 "Selepas menilai keterangan daripada pemain, KAFA dan FAS, kami memutuskan Syahrul perlu kembali bersama Kelantan untuk semusim sebelum menyertai pasukan lain," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status, Abdul Aziz Yeop Jamaludin. "Bagaimanapun FAS masih boleh berunding dengan KAFA untuk mendapatkan pemain itu dalam tempoh tujuh hari selepas menerima surat keputusan yang akan dihantar hari ini. "Kontrak Syahrul bersama FAS sebelum ini dianggap terbatal dan tiada sebarang denda dikenakan ke atas pemain atau pasukan.


Sumber: http://www.bharian.com.my/node/119326

No comments:

Post a Comment