OLEH – AHMAD BIN YAAKOB
Siri Tuan Pendeta oleh ACAI
minggu ini Sabtu 9 Januari 2016 menyambung kembali kisah penduduk kampung
bertemu dengan Tuan Pendeta untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan masalah
rumah tangga. Isu isteri lari dari rumah memang menjadi perkara biasa yang kerap
disiakan dan dada akhba dan slot dama Melayu. Itulah isu pilihan kartunis ACAI
pada minggu ini.
Suami yang mempunyai isteri
yang kuat berleter perlu tahu pendekatan untuk menjaga suasana agar kedua-dua
pihak tidak semakin panas. Adakalanya isteri kuat berleter kerana sikap suami
yang mengambil mudah setiap perkara. Isteri juga berleter kerana mahukan
perhatian dan tindakan dari suami.
Berikut antara tip elak leteran
isteri:
Pendekatan diplomatik dan tolak
ansur. Andai isteri sedang berleter, usah hangatkan lagi emosi si dia. Salah
seorang harus mengalah dan jika anda tidak mahu leteran isteri berlarutan, apa
salahnya mengalah.
Beri penjelasan. Berdiam diri
bukan penyelesaian terbaik bagi mengurangkan leteran isteri. Sebaliknya, lebih
baik anda berterus terang dan berikan penjelasan yang boleh menyenangkan
hatinya.
Jangan main api. Apabila isteri
sudah berleter, anda pula jangan membakar perasaannya untuk berkeras dan
bergaduh. Gunakan pendekatan terbaik memperbaiki komunikasi dan menjaga
hatinya.
Renung diri. Memang lelaki kuat
egonya. Namun tidak salah mengurangkan rasa ego dengan menilai kembali sikap
diri sendiri. Anda mungkin pemalas dan tidak mengambil berat hingga menjadi
punca isteri berleter.
Bantu isteri. Tidak jatuh
standard dan maruah sebagai lelaki jika saling membantu isteri menguruskan
rumah tangga. Jika Isnin hingga Jumaat isteri memasak, apa kata hujung minggu
anda pula ke dapur?
Duduk berbincang. Kurang
komunikasi antara sebab masalah berleter semakin genting. Mungkin ada baiknya
jika suami isteri duduk berbincang empat mata bagi menyelidik masalah sebenar.
Hangatkan hubungan anda
kembali. Cuba cari jalan penyelesaian. Anda boleh membuat rancangan untuk pergi
bercuti agar hubungan yang dingin itu dapat dipulihkan kembali.
Jangan mencari salah. Jika mahu
berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ini termasuk berleter,
menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi.
Mencari salah tidak mungkin
membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka
bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.
Senyum semula. Menerusi
senyuman ia boleh mencairkan hati pasangan. Anda juga boleh cuba bergurau senda
seperti sewaktu di awal percintaan dulu agar mood isteri kembali baik.
Harap suami dapat mengerti
pengorbanan si isteri dan dapat memujuk isteri yang kuat berleter agar kurang
leterannya!.[1]
No comments:
Post a Comment