Ad

Friday 8 January 2016

Kartun isu semasa siri 5

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB


Pencemaran bauksit di Kuantan bermula sejak tahun 2014 sehingga kini belum berakhir.Kesan pelombongan bauksit menyebabkan debu-debu warna merah memenuhi kawasan sekitarnya. Saya berharap pihak Jabatan Alam Sekitar serta agensi lain bertindak cepat untuk mengatasi masalah ini sebelum menjadi lebih parah.

walaupun pelombongan bauksit dihentikan mulai 15 Januari 2016. BENTONG – Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak terlibat seperti Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar serta pihak berkuasa terbabit dalam mewujudkan peraturan baharu perlombongan bauksit.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, peraturan baharu yang lebih berkesan dan tegas itu wajib dipatuhi oleh semua pihak sekiranya mereka mahu terus terlibat dalam perlombongan bauksit berkenaan.[1]

      Masalah ini semakin meruncing apabila,”sering dilihat lori-lori yang mengangkut bauksit melakukan kesalahan di jalan raya seperti :-
a) Membawa dan mengisi muatan secara berlebihan, sehingga boleh menganggu pemandu kenderaan yang lain. Kerana apabila bauksit diisi secara berlebihan banyak tumpahan bauksit ke atas jalan raya dan jalan menjadi kotor. Jalan jadi berdebu apabila musim panas, dan berselut pada musim hujan. Malah ada batu yang jatuh ke boleh terkena cermin kenderaan yang berada di belakan.
b) Lori yang tidak mengikut peraturan jalan raya, yang sering aku lihat adalah lori membuang pusing U (U-turn) di tempat yang tidak dibenarkan kepada kenderaan berat membuat pusingan U. Akibatnya akan menganggu pengguna jalan raya yang lain. Ada juga lori yang dipandu dengan laju, terutama lori yang sudah kosong dengan muatan selepas bauksit di tuang di perlabuhan. Ada disesetengah kawasan telah menyebabkan kesesakan lalulintas kepada penduduk setempat”.[2]



[1]Luqman Hakim Ab. Rahim, “Peraturan Baharu Aktiviti bauksit”, Kosmo (Kuala Lumpur) 9 Januari 2016,15.
[2] http://tangisanmelayu.blogspot.my/2015/10/bauksitbullshit-feda-bukit-goh-busuknya.html

No comments:

Post a Comment