Oleh-Ahmad Yaakob
England berada dalam pemerintahan beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Ran Henry VII pada tahun 1485 dan baginda merupakan pengasas Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603.Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1602 sehinggalah berlaku Revolusi Cemerlang di England.[1]
1.Dinasti Tudor.
Raja Henry VII - 1485-1509
Raja Henry VIII - 1509-1547
Mary I - 1553-1559
Ratu Elizabeth I - 1559-1603.
Setelah berakhir Perang Bunga Ros, makoriti masyarakat di England bersetuju menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif untuk menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku sebelum ini.[2]
Melalui sistem pemerintahan beraja mutlak di England, raja berkuasa penuh menggubal dan melaksanakan dasar Kedudukan raja mengatasi undang-undang. Sistem ini dapat membentuk kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan rakyat. Raja menjalankan pemerintahan berdasarkan Magna Carta atau Piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja.
Sistem ini tidak mementingkan kesucian raja. Raja-raja Tudor bekerjasama dan mengawal dua buah parlimen England iaitu House of Lord dan House of Common. House of Lord ialah golongan tuan tanah yang kaya, golongan Bishop dan Kerabat Diraja. House of Common terdiri daripada knight, orang kaya dan peguam.[3] Raja berjaya menangani tentangan golongan puritan (penganut Protestan) terhadap golongan Anglican.[4]Anglican ialah gereja kebangsaan di England.
Raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal kedua-dua gereja tersebut dengan baik. Raja-raja seperti Raja Henry VII, Raja Hendry VIII dan Ratu ElizabethI tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam melaksanakan pemerinahan mereka.[5]
Dinasti Stuart (1603-1702)
Raja James I
Berpegang kuatkepada doktrin kuasa raja suci raja. Dasar pemerintahan Raja James I memihak kepadamazhab Katolik. Beliau menghawinkan puteranya dengan puteri Perancis yang bermazhab Katolik. Raja James I membubarkan parlimen pada ahun 1611.[6]
Raja Charles I
Raja Charles I tidak menyukai golongan puritan. Baginda membelakangi parlimen dalam kutipan cukai. Raja Charles I menahan 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda. Raja Charles I membubarkan parlimen dan memerinah secara mutlak selama 11 tahun.
Raja Charles I juga mengenakan pelbagai jenis cukai. Baginda memaksa rakyat memberi saguhati kepada beliau. Sesiapa yang enggan akan dipenjarakan. Tindakan Chales I akhinya telah mendorong Parlimen memaksa beliau menandatangani Pengisytiharan Hak pada tahun 1628. Antara syarat pengisytiharan tersebut ialah :
a)Raja tidak akan menggunakan angkatan tentera Diraja untuk kepentingan sendiri.
b)Raja tidak akan memenjarakan rakyat tanpa sebab.
c)Raja tidak akan memungut cukai tanpa kebenaan parlimen.
Tindakan Charles I yang ingin menangkap pemimpin Parlimen akhirnya mencetuskan Peang Saudara antaa puak raja dan puak parlimen. Perang saudara yang tercetus adalah untuk memutuskan dua perkaa penting iaitu sama ada Raja atau Parlimen yang akan memerintah England dan sama ada kepercayaan High Church Party atau Puritan menjadi agama rasmi England.
Perang Saudara berlaku antara tahun 1642-1446 dengan kemenangan bagi pihak parlimen pimpinan Oliver Cromwell yang berkalibel. Raja Charles I mendapati dirinya tidak berkuasa dalam Parlimen. Charles I dihukum pancung oleh Parlimen Rumph.[7]
[1]“Raja Mutlakdan Raja Berperlembagaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,62.
[2]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
[3]Ibid,125.
[4]“Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,63.
[5]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
6]“Raja Mutlakdan Raja Berperlembagaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,63.
[7] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),129.
No comments:
Post a Comment