PARA pemain skuad negara giat
menjalani latihan menjelang aksi playoff pertama kelayakan Piala Asia menentang
Timor Leste di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.
SKUAD Harimau Malaysia
mempunyai misi besar menggalas maruah negara pada aksi playoff pertama
kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste di Stadium Tan Sri Dato’ Haji
Hassan Yunos, Larkin malam ini.
Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim
Swee tidak mempunyai pilihan lain, selain mencatat kemenangan demi kelangsungan
hidup Harimau Malaysia dalam kempen Piala Asia.
Presiden Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) menuntut para pemain
mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan Harimau Malaysia mampu mara ke
peringkat seterusnya.
“Saya sebenarnya sudah lama
berharap untuk melihat kebangkitan pasukan kebangsaan tetapi hakikatnya, pemain
itu sendiri perlu sedar mengenai kepentingan mewakili negara,” titah baginda.
SUMBAER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4AQ79L2Ot
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment