Berorganisasi memainkan peranan
yang penting bagi menyalurkan pendapat dan pandangan. Selain daripada menjaga
kepentingan sesuatu kelompok. Bagi para pekebun-pekebun kecil getah di negara
ini, usaha-usaha telah dijalankan bagi mewujudkan persatuan pekebun-pekebun
kecil getah di negara ini. Pada hari ini 6 Jun 1975, Tun Abd. Razak telah
merasmikan penubuhan Persatuan Pekebun-pekebun Kecil Getah Negara yang
merupakan gandingan kepada dua persatuan pekebun getah yang selama ini bergerak
secara berasingan. Dengan adanya badan tunggal di peringkat kebangsaan ini akan
mempermudahkan lagi usaha-usaha kerajaan memaju sektor pekebun kecil akan dapat
dijalankan dengan lebih sempurna dan berkesan lagi. Selain itu akan
mempermudahkan bagi pihak kerajaan dan RISDA khususnya menyalurkan bantuan dan
kemudahan. Usaha-usaha telah dijalankan bagi menyatukan pekebun-pekebun kecil
getah di bawah satu payung terutamanya melalui Kementerian Perusahaan Utama. Di
atas kerja keras menterinya Datuk Musa Hitam akhirnya usaha-usaha ini berjaya
dilaksanakan pada hari ini. Berucap dalam Majlis tersebut, Tun Abdul Razak
berkata, pihak kerajaan sentiasa memberi keutamaan bagi membaiki dan membela
nasib para pekebun-pekebun kecil getah, salah satu usaha utama yang dijalankan
ialah penubuhan RISDA iaitu badan khusus bertanggungjawab memajukan semua aspek
pekebun kecil dalam perusahaan getah. Diharap dengan adanya badan tunggal di
peringkat kebangsaan akan memperjuangkan nasib para pekebun kecil getah
terutama berkaitan meninggikan pendapatan mereka.
http://www2.arkib.gov.my/hids/
No comments:
Post a Comment