Kecoh di Darul Makmur
Anggota RELA terpaksa
mententeram keadaan ketika orang ramai berasak-asak membeli tiket perlawanan
bola sepak separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang menentang JDT di kaunter
tiket Stadium Darul Makmur, semalam.
Kuantan: Tidak dapat dipastikan
sampai bila kekecohan yang berlaku ketika proses membeli tiket terutama
membabitkan perlawanan tumpuan di Liga Malaysia (Liga-M) akan berakhir.
Semalam, selepas tidak sampai
dua jam, semua tiket aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor
Darul Ta'zim (JDT) habis dijual sebaik kaunter Stadium Darul Makmur di sini,
dibuka pada jam 9 pagi, berlaku kekecohan lagi.
Kekecohan kira-kira 20 minit
itu dilakukan peminat yang tidak dapat membeli tiket dengan menjerit-jerit dan
menendang pintu masuk ke kaunter tiket. Mereka tidak percaya 32,500 tiket yang
diperuntukkan untuk aksi separuh akhir kedua itu habis tidak sampai dua jam.
Seorang penyokong Pahang, Mohd
Helmi Khairuddin, 33 berkata, dia kecewa kerana tidak dapat membeli tiket untuk
memberi sokongan kepada skuad Tok Gajah.
Agihan tiket
“Saya tidak sangka jualan tiket
habis pada jam 10.30 pagi walaupun datang lebih awal,” katanya.
Bagi Sumairah Ibrahim, 23, dia
yang datang ke stadium sejam lebih awal turut kecewa kerana tidak dapat bersama
memberikan sokongan kepada skuad Pahang.
Sementara itu, Setiausaha Agung
Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Fuzzeimi Ibrahim berkata insiden itu
tidak menimbulkan keganasan melampau selepas penyokong yang gagal mendapatkan
tiket untuk perlawanan itu berjaya ditenangkan.
“Hampir 12,000 tiket habis
dijual dalam masa dua jam selepas lapan kaunter dibuka mulai 9 pagi dan 5,000
tiket juga habis dijual di di Stadium Mini Temerloh,” katanya.
Selain itu, Fuzzeimi berkata
PBNP turut mengagihkan jualan kepada 12 persatuan bola sepak daerah yang juga
ahli gabungan PBNP dengan peruntukan masing-masing 500 tiket daripada jumlah
keseluruhan 32,500.
RUJUKAN-BERITA HARIAN ONLINE 30.5.14
No comments:
Post a Comment