Ad

Tuesday 27 May 2014

Perlis pertama ke suku akhir selepas catat kemenangan kedua

ARAU - Skuad bola sepak Perlis tidak mengecewakan harapan penyokong tuan rumah apabila mara ke suku akhir selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Pahang dalam aksi Kumpulan A semalam.

Perlis, yang masih memiliki baki satu perlawanan, kini menjadi pendahulu Kumpulan A dengan enam mata selepas dua perlawanan. Sarawak mengekori di anak tangga kedua, berkongsi tiga mata dengan pasukan tempat ketiga Sabah sementara Pahang masih lagi gagal mendapatkan sebarang mata.

Jurulatih Perlis, Yusri Che Lah berkata, pasukannya telah mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan setakat ini, malah turut memuji komitmen diberikan semua pemain.

"Ini adalah rezeki buat kami kerana masih konsisten meraih tiga mata dalam kedua-dua perlawanan kami yang telah berlangsung.

"Saya juga mengakui pada perlawanan hari ini (semalam) kami banyak bertahan kerana mahu memastikan tiga mata menjadi milik pasukan Perlis," kata Yusri.

Juara bertahan, Sabah, yang kalah kepada Perlis dalam perlawanan pertamanya, meraih kemenangan sulung selepas menundukkan Sarawak 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A.
RUJUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140527/su_08/Perlis-pertama-ke-suku-akhir-selepas-catat-kemenangan-kedua#ixzz32uzUu4eG © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment