Ad

Tuesday 27 May 2014

Suarez legakan Uruguay

26 Mei 2014
Suarez beri jaminan tampil di Piala Dunia.
Suarez beri jaminan tampil di Piala Dunia. Suarez beri jaminan tampil di Piala Dunia.

BINTANG Uruguay, Luiz Suarez memberi jaminan kepada seluruh penyokong negaranya bahawa dia akan cepat sembuh sebelum memulakan kempen Piala Dunia 2014 di Brazil nanti.

Bintang Liverpool itu mengalami kecederaan pada lutut ketika perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle United.

Penyerang berusia 27 tahun itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penyokong Uruguay selepas dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan kecil.

“Jangan risau kerana saya akan tetap ke Piala Dunia dan akan bekerja keras untuk segera sembuh 100 peratus,” katanya.

Suarez keluar daripada Hospital Medica Uruguaya pada sebelah petang dan dihantar ke rumahnya di pinggir bandar Montevideo oleh ambulans.

Pemain itu menggunakan kerusi roda, tetapi dia masih mampu berjalan dengan dipapah oleh dua ahli keluarganya.

Biarpun kecederaan Suarez itu dilihat sebagai satu kelebihan buat pasukan England, namun rata-rata penyokong Three Lions beranggapan sebaliknya.

Dalam sebuah rancangan televisyen, penyokong Three Lions mendoakan Suarez supaya cepat sembuh sambil menjelaskan: “Jika kita mahu melihat persaingan yang hebat, pemain terbaik perlu beraksi”.

SINAR HARIAN ONLINE 26.5.14

No comments:

Post a Comment