Universiti Teknologi Mara Pahang Kampus Jengka
Universiti Teknologi Mara
Pahang Kampus Jengka memulakan operasinya dalam bulan Mei, 1993. Seramai 225
orang pelajar, 15 orang kakitangan pentadbiran dan 6 orang pensyarah memulakan
penghidupan mereka di Kampus Jengka. Kerajaan Negeri Pahang telah menyediakan
kawasan seluas 1000 ekar di tepi Bandar Pusat Jengka untuk dijadikan sebagai
kampus tetap
UiTM Pahang.
Penubuhan Universiti Teknologi Mara
Pahang Kampus Jengka pada dasarnya bermula sejak dari tahun 1976 lagi. Ini
terbukti dengan terdapat salinan surat di antara Setiausaha Kerajaan Negeri dengan
Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Jengka ketika itu iaitu (Encik Mohd Khalil
Yaakob) sekarang Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertuan Besar Negeri Melaka.
Ini diikuti
dengan kelulusan kerajaan
negeri mengagihkan kawasan seluas 1000 ekar tanah di Bandar Jengka. Menteri Besar
Pahang pada ketika itu Datuk Mohamad Najib Tun Abdul Razak menyifatkan
kelulusan itu sebagai usaha kerajaan negeri untuk menarik lebih banyak lagi
pusat pengajian tinggi, membuka cawangannya di Pahang untuk kemudahan pelajar-pelajar
negeri ini.
No comments:
Post a Comment