20 Mei 2014
Obor-obor gergasi
PESISIR pantai Portland di
Oregon, Amerika Syarikat gempar apabila bangkai puluhan obor-obor bersaiz
gergasi muncul di daratan perairan itu.
Persatuan Pemuliharaan Marin
Richard Harrington berkata, perkara ini berlaku kerana perubahan cuaca panas
menjangkau suhu melebihi 20 darjah Celsius sepanjang bulan ini.
“Obor-obor yang biasa di temui
di Atlantik atau Mediterranean ini tidak
merbahaya tetapi kami menasihati orang awam supaya tidak menyentuhnya,” katanya
kepada Daily Mail.
Difahamkan, obor-obor ini
mempunyai purata diameter tiga dan dua meter dari spesies Barrel atau
Rhizostoma pulmo.
Spesies obor-obor ini banyak
ditemui di timur Atlantik Utara, Antartik dan laut Mediterranean dengan
menjadikan penyu belimbing sebagai mangsa.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 20.5.14
No comments:
Post a Comment