Oleh Junaidi Ladjana dan Mohd
Ridzal Abdullah
Lahad Datu: Seorang anggota
komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala dua orang awam parah
selepas rakan sepasukan mangsa melepaskan beberapa das tembakan di bandar ini,
awal pagi tadi.Dalam kejadian 4.45 pagi itu,
anggota komando yang maut dikenali sebagai LKpl Muhamad Fiffixezapey Mat Hussin,
28, dari Pasir Puteh, Kelantan.Dua orang awam yang cedera di
kaki dan bahu adalah pekerja pusat hiburan.Mangsa kemudian dikejarkan ke
Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan rawatan lanjut.
LOKASI kejadian di hadapan
premis di pekan Lahad Datu. FOTO Mohd Ridzal Abdullah
Difahamkan, ketika kejadian dua
anggota tentera ini dipercayai bertengkar lalu cuba dileraikan oleh dua
individu berkenaan.Bagaimanapun, seorang daripada
anggota tentera berkenaan tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan dipercayai
menggunakan senjata jenis M-16.Sementara itu, Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi,
mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di
hospital.
RUJUKAN-
Artikel ini disiarkanMy Metro
pada : 2014/05/28
No comments:
Post a Comment